tentang kematangan

Kau tahu apa itu kematangan?

Bila mana kau tengah gembira, bila kau nampak orang tengah bersedih, kau kawal diri kau supaya tak terlalu menyinggung perasaan orang lain.

Bila masa kau tengah sedih, kau cuba tak nak sakitkan hati siapa siapa, hanya kerana kau rasa kau tengah sedih dan semua orang kena faham keadaan kau

Bila masa kau tengah marah, kau tak marah orang lain juga hanya kerana kau rasa kau seorang saja layak rasa marah. 

dan terutama lagi bila kau rasa kau tak ada mood, kau bertindak untuk memilih orang orang tertentu saja untuk senyum atau layan. sama ada kau pilih orang itu dari segi kepentingan atau kau rasa orang tu takkan terkesan.

contoh

kau selalu boleh marah kawan baik kau, sebab kau ingat kawan baik kau takkan cari kawan lain.

kau selalu boleh marah pekerja bawahan kau, sebab kau ingat dia takkan cari kerja lain

kau selalu boleh marah anak kau, sebab kau ingat anak kau tak ada pilihan lain, tapi akan tetap sayang kau.

pernah kau terfikir sebaliknya? atau pernah kau terfikir kifarah yang akan berlaku?

kawan makan kawan? pekerja tikam boss? anak derhaka?

hanya kerana kau memilih untuk melayan orang tertentu untuk melepaskan emosi kau, tak semestinya kau takkan dapat balasan "cash" dari Allah SWT.

sebab tu kita kena layan semua manusia sama. dia siapa pun, hina mana pun dia, selagi kau boleh bersikap baik, baik sajalah. jangan sesekali fikir orang lain perlu faham keadaan kau.

andai tiba satu hari kau susah, dan semua yang kau sangka takkan hilang,

Hilang....


Comments

Popular Posts