sumpahku pada mimpi

Aku berjanji,
di setiap malam kehadiranmu,
setiap jalan yang berlaku,
Bertemu segalanya,
Biar pun kamu hanya mimpi,
Dan kamu tidak mungkin benar
Atau tiada mungkin terjadi,
jauh sekali dari kenyataan,
sekali pun kamu menjauh dariku
Aku tidak akan meninggalkanmu
kerana aku sudah bersumpah
pada ketahanan, pada ketabahan.
Aku akan sentiasa bersedia untukmu
Ini bukan mainan, ini bukan cubaan
Pada setiap masa mata ku tertutup,
Aku bersumpah padamu,
aku akan setia menghadapimu
Ini bukan mainan, ini bukan cubaan
itulah sumpahku pada mimpi

Comments

Popular Posts