gadis di jendela itu

4:01 PM Aina Mastura 0 Comments

Image result for girl at window

Aku lihat gadis itu,
raut wajahnya, bagai tidak dimamah usia,
tapi senyum dan tawanya, bagai ada sesuatu,
yang disembunyikan, yang dipendam sendiri.

Aku ingin gadis itu,
hati ini mahu membantu,
jiwa ini mahu berteman,
tapi sayang,
bukannya atas kemampuanku,
malah milik orang lain,

Walau bukan punyaku,
namun entah mengapa,
aku menginginkannya,
lebih dan lebih setiap hari,

Benarkan aku bertanya,
berikanlah aku peluang,
mahukah kau duduk sebentar,
dan aku berjanji,
akan menyayangimu,
seperti yang kau mahu

Itulah bicara
yang ingin didengari,
oleh setiap gadis,
yang duduk di jendela itu

0 comments: