life

Di sini sebelum mu

5:37 PM Aina Mastura 0 Comments

Aku sudah di sini,
sebelum mu lagi,
Selalu saja dipukul dimaki
Hingga berhabis tenagaku
Bagai seumur hidup rasanya,
Walau sesaat hukumannya,
Mampukah kau merasa yang sama,


Kerana aku disini sebelum mu
Aku telah bersedia untuk ini,
Tiada pernah aku ketinggalan
Hingga setiap masa,
dapat ku sangka badai yang datang
melalui hari hari,
perjalanan yang telah dirancang mereka,

Mahukah kau menghadapi ini,
Menggilap pecahan kaca,
Menyinar bintang pudar,
Mengharap impian yang hancur,
Walau aku disini sebelum mu,
Tahukah kau,
Aku tidak akan takut,
Untukmu, akan selalu disisi

0 comments: