oxywhite,

SAFI BALQIS OXY WHITE CC CREAM

3:51 PM Aina Mastura 7 Comments

Image result for assalamualaikum in arabic
Merujuk kepada tajuk, siapa yang biasa pakai Safi Balqis, mesti perasan kan yang daripada range WHite Trilogy dia dah jadi OxyWhite. Sekarang ini dikatakan produk  Safi Balqis diperbaharui dengan formulasi terkini. Kandungan utama ialah Oxygen. Sebab tu namanya ala2 OxyWhite gitewww. Packaging pun nampak lebih menarik. 

Tapi ada satu benda yang buatkan saya tertarik dengan range terbaru OxyWhite ni. 
CC Cream Safi OxyWhite. Sila rujuk gambar di bawah untuk melihat bagaimana rupanya.


Selama ni saya memang sukakan BB Cream Safi Balqis. Berapa banyak pun BB cream yang saya pakai, or CC Cream dari pelbagai jenama, tapi saya tetap setia pada BB Cream Safi Balqis. Sebab tekstur dia tak berminyak sangat and just nice dengan warna kulit muka. Baunya pun ala2 bau Kiwi gitu.

Tiba tiba, dah bertukar jadi CC Cream. wOW, menarik. terus aku beli. aku rasa tekstur nya mungkin lebih kurang sama sebab range yang sama tapi bertukar jadi CC. Setahu aku CC lebih bagus dari BB. Jadi, aku pun rembat satu dengan harga RM18 di Guardian tadi. 

Di sini aku tunjuk demo pakai CC Cream. So aku wipes dulu muka aku di bahagian hidung, dahi dan pipi. mata dan bibir tak sentuh. sebab dah pakai make up kan. kang jenuh nak pakai balik. 

TADAAA...inilah hasilnya


SEBELUM


SELEPAS 

Kalau ikutkan, nampak cerah skit dari sebelum ni. BB Cream macam lebih sama dengan warna kulit. CC Cream ni nampak lebih putih kulit. So kalau kau tak pandai blend, nampak cam fake skitlah muka kau. Tapi so far teksturnya masih lembut dan wangi seperti BB Cream. Tapi kali ini lebih lembut. Macam pakai air. hehe...

Apa pun, aku puas hati dengan range baru ni. Nanti balik aku tengok macam mana hasilnya. Harap bertahan dan tak berminyak macam BB Cream. 

Chiooowwwww 



7 comments:

  1. kakkkkkkkkkkk knapa cantikkkk sgt niii....
    gebu gabasss ni...

    ReplyDelete
  2. Sis . Sy pakai pencuci muka safi yg baru ni , kulit sy jadi gelap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh yeke. maybe tak sesuai kut. sebelum ni pakai pencuci muka apa ye? saya sebelum ni pakai safi juga. tapi safi rania gold pencuci muka lembapan mendalam. baru sebulan pakai oxywhite. so far okie.

      Delete
  3. kira nanti white trilogy dah xde ea alamak sy dah la susah nak sesuai cleanser . safi yg perfect 10 dulu x sesuai . yg ni je sesuai mmg jd pengguna setia je 2 tahun lebeh dah . maunya yg oxy white x jd sdeh la��

    ReplyDelete
  4. Nina pun guna range SAFI BALQIS Oxywhite. Paling best moisturising gel Safi Balqis Oxywhite ni... sejuk, ringan, tak melekit.

    ReplyDelete