baebbcushion,

Bae BB Cushion

12:08 PM Aina Mastura 0 Comments

Image result for assalamualaikum jawi


Ha, nampak tak gambar di atas gambar apa? Yes, Stacy dan Akim telah mengeluarkan satu produk baru yang digelar Bae under KimCy. betul ke tak betul apa yang aku tulis ni, begitulah lebih kurang bunyinya. hahha...Actually diaorg ada jual perfume juga, tapi memandangkan aku biasa pakai perfume RM10 dekat Watson, so aku tak berminat sangat. Aku terbuka mata apabila tengok video tutorial Stacy pakai Bae BB Cushion ni dekat insta dia. 

Aku jenis yang tak suka pakai make up tebal sangat, unless perlu untuk majlis2 atau paling2 vogue ke office (KPI weyyy). Senjata utama hanyalah eyeliner dan lipstick merah mak ngah. Selalu aku tak pakai normal foundation. AKu akan pakai Bb Cream atau sekarang dah digeral CC Cream Safi Balqis. Lepas tu rasa mcm muka pucat skit, baru tepek bedak compact Maybelline Satin Skin atau Silky Girl BB powder. Just untuk nampak fresh dan bermaya wajah.

So, bila aku dapat tahu ada wujudnya BB Cushion yang tak payah nak sapu2 sangat mcm cream and effect dia macam bedak compact, aku pun rembat lah satu dan aku terus mencuba tanpa segan silu.

Masa mula2 aku pakai pergi makan2 dengan family, memang aku puas hati dengan hasilnya. Nampak natural and tak adalah rasa mcm over kan. Kau setakat keluar makan, tapi bedap semangkuk, memang orang ingat kau meroyan. Tapi tepek bb cushion ni nampak lah aku fresh gitchewww.

Kemudian aku try long effect pula. Memandangkan last week adik ipar aku kahwin, dan ada dua majlis asing untuk nikah dan sanding, aku pun cuba pakai bae bb cushion untuk make up. Seperti biasa, selain dari jimat masa, bb cushion ni tak bercapuk dengan bedak compact. And bila duduk tengah panas pun dia tak cair. Aku pakai lama dari pagi sampai ke petang pun masih maintain. Paling2 pun guna tisu je nak hilangkan kesan oily. Tapi so far hasilnya nampak sangat natural dan flawless walaupun muka aku pores nya tersangat besar. Ajet2 orang puji muka aku nampak licin, tak dolah kan sebenarnya. Come closer u all, wajahku masih banyak kekurangannya.

Tapi dengan hadirnya bae bb cushion ni, aku lebih berpuas hati dan telah melengkapkan barang make up ku. hahaha..

Meh belanja gambar masa kenduri adik ipar aku.



Ni pula link di instagram aku di mana aku belanja tutorial skit pakai Bae Bb Cushion ni.
ENjoy...
Semoga puas hati ^_^


0 comments: