fitness,

Senaman Paling Mudah untuk SADO

3:28 PM Aina Mastura 0 Comments


Image result for assalamualaikum jawi

Akak pilih untuk SADO!

Ye, itulah prinsip hidup kesihatan aku sekarang. Setelah hampir 27 tahun berat badan bawah dari BMI, aku pilih untuk berusaha menjadi SADO! bukan gemuk atau kurus, tapi SADO. haha...pada yang tak tahu makna SADO ni, sebenarnya SADO ialah terma yang digunakan untuk orang berbadan tegap dan ber"muscle" gitu. kalau untuk lelaki, ramailah orang panggil ABANG SADO. jadi, aku nak jadi AKAK SADO.

Kenapa tak nak slim? Kenapa nak badan besar? Kenapa tak nak kurus? Haiya, kurus lagi cantik maaa...

Banyaklah kau punya cengkadak kan. Biasalah bila kau pilih untuk buat sesuatu dalam hidup kau, majoriti orang akan kritik dan bergembira melihat kau tidak memilih jalan yang ala2 supermodel gitu. Majoriti semua nak kurus. Tapi semua lupa nak sihat. BMI tak nak jaga. Bentuk badan tak nak jaga. Stamina pun tak nak jaga. Apa kau nak jaga? Jaga jaga kau hati, takut ia dicuri.

Ha, gitu aku dah nyanyikan. Aku kongsikan pengalaman menjadi Akak SADO ni. Tengok gamba aku pakai kebaya. Itu gambar 2010 tau. Masa tu berat dalam 40kg sahaja. Pakai kebaya pun longgar. Actually masa nak kahwin, tahun 2012 pun aku ada masalah nak pakai baju kahwin. Longgar juga. Mula2 aku ingat mungkin sebab aku kurus sangat, sebab tu banyak baju aku tak boleh pakai. So aku decide naikkan berat badan. Lepas bersalin, berat turun mendadak dari 50kg ke 45kg. So aku fikirkan inisiatif nak naikkan balik berat badan jadi 48 (kalau ikutkan berat yang paling sesuai dengan ketinggian). So aku start consume MEAL SHAKE SHAKLEE. 

YES, tahun 2016 membuktikan aku telah mencecah 48kg dengan jayanya. aku pun happylah dah dapat berat yang diidamkan. lepas tu ramai pula tegur. nampak macam pregnant. lepas tu aku cari2 apa yang membuatkan badan still nampak tak cantik. belek2, berat salah tempat naik. haha..tuksah cerita lah kat mana yang salah kan. jadi aku mulakan pula misi maintain berat tapi nak ada muscle. yelah, bila memikirkan kena jaga Eleanour Albar yang sekarang berlari seakan cheetah yang mengejar kancil, aku perlu menjadi akak SADO.

So, sebagai wanita, kau kena pilih betul2 senaman yang sesuai untuk kau. Lebih lagi kau pernah ada sejarah operate atau ceaserean. Jangan sembarangan kau tengok orang buat, kau nak buat. Kau kena kaji dan tanya pakar kalau boleh. Dan kau kena tahu area mana yang kau nak naikkan otot. sebab tu kadang kau tengok ada orang tangan ada otot, tapi perut buncit. kadang kau tengok perut kempis, tapi tangan obor obor gitu.

Jadi sesudah membuat kajian dan dengan telitinya aku melihat bahagian mana yang aku nak bina otot, aku jumpa dua jenis senaman 

SQUAT
Image result for SQUAT

PLANK

Image result for PLANK

Dua senaman ni kau fokus buat tiap2 hari, memang conform badan kau berotot. aku tahu, sebab aku dah nampak hasilnya. sebulan sahaja aku berjaya dapat 2 kg muscle gain. tapi kau jangan malas. jangan berhenti. ikut jadual. disiplin kena ada. benda dah mudah. boleh buat sebelum tidur, bangun tidur, sebelum kerja, balik kerja. sambil2 cuci baju, sambil2 sidai baju, sambil2 main game, sambil2 tgk tv. kalau bagi yang baru nak mula, aku suggest buat mcm aku. download apps dekat playstore. pilihan aku ialah :

30 days SQUAT challenge
Image result for 30 day squat challenge apps

&

30 day PLANK challenge

Image result for 30 day plank apps

Dia akan mulakan dengan mudah2 dulu. lama2 kau akan biasa dengan jadual dan arahan yang disediakan. kena ikut. jangan tinggal. sebab memang ada rest day. jangan risau. kalau tiap2 hari, takut badan kau rasa benda tu dah biasa. jangan cheat! nanti tak jadi. biar perlahan, jangan tak buat. memang penat. ada orang squat tiga kali dah pengsan. tapi tu tandanya anda buat betul2. tapi make sure cara nya jangan salah. takut sakit atau cedera. aku baru buat sebulan, dan ditambah dengan senaman2 lain, memang nampak perubahan. perut dah kempis dan otot kaki dan makin kuat. tangan pun dah rasa macam captain america baru nak up. hahahaa...

jadi kepada semua yang nak SADO, bukan sahaja untuk wanita, tapi untuk lelaki, boleh lah cuba dua senaman ini. kalau kau betul jaga makan, ambil supplement yang bagus (aku suggest omega, lecithin dan herb lax shaklee), dan follow rules plank dan squat ni, insyaAllah, SADO lah kau. 

Sekian dari aku yang pilih tak nak SLIM, tapi aku nak SADO.


Image result for smiley muscle




0 comments: