life,

Pengalaman Berpantang Sendiri

2:19 PM Aina Mastura 0 Comments

Image result for assalamualaikum in arabic

Okie, sempena harijadi anak aku dan suami aku, hari ini aku nak cerita pengalaman berpantang sendiri. aku muqadimah dulu skit. aku bersalin pada 10 pagi (lebih kurang) di hospital Umra seksyen 13 shah alam, secara czer. Alhamdullilah, lahirlah Eleanour Albar binti Abdul Hadi, seberat 3 kg, dan seputih2 melati nya, dan sejibon wajah ibu masa kecil. 😎

Memandangkan aku ni cepat rimas dan pemalas, tapi terlebih rajin kalau ada benda2 tak settle, aku ambil keputusan untuk berpantang sendiri. bukan berlagak atau confident terlebih, tapi kerana kepercayaan terhadap suami dan keadaan rumah yang tidak terlalu besar. rumah ibu bapa agak besar dan kalau nak ke tandas boleh adakan acara lari 100 meter. hhaha..

Setelah berbincang dengan parents dan suami, maka hari ketiga berpantang aku dah balik rumah sendiri. Suami pun kata dia rindu dengan baby, dan kalau boleh nak aku dan anak ada di rumah. Rezeki aku juga ada suami yang pandai masak, suami sendiri yang belajar masakan untk orang berpantang.

Aku ni sejak azali memang jenis tak suka makan. Makanan kegemaran aku bihun sup atau bihun goreng. itu jelah yang aku makan. orang pun boleh hafal aku order apa. and kalau aku malas tahap maksima, maggie lah kesukaan aku. sebab tu dulu badan cekeding. Jadi bila dah berpantang ni, kenalah juga apa yang dimakan. Maka suami masakkan sup daging black pepper. so bila dia pergi kerja, aku panaskan sendiri. Menu yang aku selalu makan masa berpantang ialah roti dengan telur black pepper, nestum, dan nasi berlaukkan sup lada hitam. Sekali sekala kalau ada pasar malam, suami akan belikan tau fu fa.

Bila pantang sendiri ni, di rumah sendiri juga, aku rasa selesa sebab nak ke tandas atau dapur, tak perlu menjaga aurat sangat. yelahkan. tak ada orang lain. and then nak berehat pun boleh rehat baring dekat mana2. lepas tu, kalau nak ke tandas pun x perlulah risau nak tutup pintu ke apa. yelah kan, takut2 kalau baby nangis tak dengar. So far, Alhamdullilah, rezeki berpantang sendiri tidaklah sesukar mana.

Bagi aku, yang mungkin kurang baiknya ialah bila kau duduk seorang. Kalau2 jadi apa seperti luka bersalin sakit ke, atau badan sakit ke, tak ada orang yang boleh tengokkan. jadi kalau kau rasa tak yakin dan tak selamat, baik jangan cuba2 berpantang sendiri. Atau pun kalau nak juga pantang sendiri, make sure sentiasa update keadaan kau pada suami atau orang terdekat. And kalau boleh jaga kesihatan dengan baik. jangan saja2 cari pasal buat benda yang tak sepatutnya time pantang. Kalau boleh, kau ambil vitamin yang baik. Macam aku, aku amik Vitamin C, ESP, Zinc COmplez, and Ostematrix. Jangan amalkan masa berpantang je. Kalau boleh masa mengandung dah amalkan. Bila kita sihat masa mengandung, InsyaAllah masa berpantang pun baik2 saja.

Sekian, terima kasih.

0 comments: