life,

Pengalaman Anak di Tadika. Apa yang terbaik?

6:01 PM Aina Mastura 0 Comments

Image result for assalamualaikum in arabic

Image result for HONEY AND CLOVER HAGU

Okie, sempena tahun 2017 bakal menjelma,
maka bermulalah pendaftaran tadika, taska, pre school, sekolah rendah, sekolah menengah, kelas tambahan, dan sebagainya perlu dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga. Jadi aku di sini berkongsilah pengalaman dalam memilih tadika dan juga taska untuk anak aku.

Masa selepas berpantang, aku mula menghantar anak aku ke Taska Bungaku di Putra Height. Alasan paling kuat ialah dekat dengan office. so kalau jadi apa2 aku boleh serbu taska terus. Kau tak rasa ke betapa paranoidnya aku sebagai ibu bila umur 2 bulan kau dah kena hantar anak ke taska. Lagi2 dengan banyaknya berita dan kisah yang tak menarik. Orang boleh kata, tawakal lah, berdoa lah. Betul, pada Allah SWT kita perlu letak kepercayaan kita. Tapi hati yang menanggung, tak sekuat mata yang hanya melihat tanpa mengalami.

Aku mula2 masa nak pilih taska memang utamakan taska yang berdaftar dengan JKM. lepas tu aku decide sama ada nak taska dekat dengan rumah atau dengan office. Fikir punya fikir, aku pilih dekat dengan office. Kemudian aku list down taska yang ada berhampiran dan convenient dengan lokasi pejabat. Kemudian, aku search nama2 taska ni di google. Aku nak pastikan tiada berita atau laporan yang buruk mengenai taska2 tersebut.

Kemudian, bermulalah aku menghubungi satu2 nombor. Bayangkan, aku call 6 nombor, satu nombor je yang angkat. itu pun yang nombor terakhir. Dan nombor itu nombor milik Taska Bungaku. Alhamdullilah, bila aku datang melawat Puan Nurul ketika itu, aku dah suka dan jatuh hati. Aku berdoa banyak2, agar semuanya dipermudahkan. berapa kali aku cakap dengan baby masa dia dalam perut lagi, "Baby, nanti jadi baby yang baik tau. Jangan bagi aunt2 yang jaga stress. Bagi diaorg happy supaya diaorg happy jaga baby". Oh by the way, aku pilih taska ni, seawal aku pregnant 6 ke 7 bulan lagi. Aku pilih awal2. sebab aku tak nak last minute decission. AKu memang mcm ni. dari zaman buat assingment lagi tak suka last minute. hahaha

Ditakdirkan aku dimurahkan rezeki oleh Allah SWT untuk membeli rumah baru di kawasan tempat belajar aku dulu. jadi jarak perjalanan nak ke office sedikit jauh. Elly pun dah besar. Dah jarang demam2. Pandai bawa diri. Jadi aku rasa tak apalah hantar tadika yang dekat dengan rumah. AKu pun dah rasa kurang selesa nak travel dengan dia dalam kereta. Lagi2 dia dah pandai buat stunt dalam kereta, so aku mulakan pencarian tadika berhampiran rumah baru.

So lebih kurang macam cari taska, aku list down beberapa tadika yang ada. yang penting ada daycare sekali. Jadi aku berjaya juga dapat tadika untuk Elly. Alhamdullilah, tadika ini just nice untuk elly. AKU pun tak adalah nak Elly belajar gempak gila atau dapat servis A Class. Aku just nak dia ada skill skit and ada orang boleh jaga dia sementara aku kerja. Harga berpatutan, walaupun nak dibandingkan dengan Tabika KEMAS. (yang mana aku apply tapi tak dapat and tiada lokasi yang berhampiran dengan rumah)

Seriously, sebaik2 mana pun tadika tu, kau terpaksa pilih dari pelbagai sudut. Kau tak boleh fikir mahal je bagus. Kau tak boleh fikir tadika itu bagus, akan sesuai dengan anak kau. Kau tak boleh fikir tadika tu review dia menarik, tapi anak kau akan suka tadika itu. Kau tak boleh fikir tadika yang murah itu tidak sebagus yang mahal. Kau tak boleh fikir lokasi jauh skit tak apa. Kau tak boleh fikir lokasi dekat dah menyenangkan hidup. Kau tak boleh fikir tadika tu kena perfect layan anak kau baru anak kau jadi orang.

Ha, beberapa banyak kau nak fikir. In the end, kau balik pada doa. Doa banyak2 pada Allah SWT. mungkin aku ada berbelanja lebih skit (walaupun tadika rata2 aku tengok harga lebih kurang je) untuk Elly punya tadika, tapi tak apalah. Selama setahun Elly di tadika ini, aku tengok banyak benda dia belajar and build skill yang bagus2. Jadi apalah nak berkira dari segi duit. Kalau semata aku nak hantar tadika murah untuk jimat duit, tapi Elly tak happy, pun tak berbaloi juga.

Cuma kena fahamlah kenapa aku tak pilih untuk ada anak lagi. Kerana bagi aku, tak salah untuk aku pilih fokus pada Elly dahulu. Kerana aku percaya rezeki Allah SWT itu luas. Jadi bila2 aku rasa bersedia untuk adakan adik untuk Elly, insyaAllah, akan ada jalannya juga.

Amin :)





















0 comments: