life,

Keredhaan

11:27 AM Aina Mastura 0 Comments

Image result for honey and clover anime

Di sini, ketika ini, aku masih tercari
apa yang benar, apa yang salah
Mahu atau tidak, perlu atau mampu
Hingga aku menyalahkan masa silam
Mencari siapa yang menjadikan aku sebegini

Hati dan akal tidak bertemu
Maka terdamparlah aku bersama abu dan debu
Menghabiskan keringat yang bukan aku relakan
Bagaikan menghirup udara keji
Bagaikan menghela nafas benci

Akhirnya apa yang terdaya
Aku terus bangun
Aku terus sujud
Aku terus tunduk
Agar jumpa keredhaan
dalam apa yang aku lakukan

0 comments: