emo,

Elly Mazlein. Antara Drama dan Pom Pom

12:07 AM Aina Mastura 0 Comments

Image result for assalamualaikum calligraphy


Image result for elly mazlein

Melihat pada tajuk entry, aku rasa semua orang pun dah tahu aku nak cerita pasal siapa. Aku fikir juga, macam mana aku nak tulis entry ni. Aku takut ada yang terasa hati, ada yang mungkin akan salah anggap apa yang aku rasa sebenarnya. Jadi aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jikalau apa yang aku sampaikan ada melukakan hati sesiapa. Niat aku tulis ni sekadar berkongsi pandangan dan meluahkan apa yang aku rasa. APa yang aku cakap ni, dari pelbagai sudut yang aku lihat dan juga pengalaman sendiri. Bukan pengalaman yang aku alami, tapi orang terdekat yang aku kenali mengalami situasi yang hampir sama.

Baru baru ini kecoh dengan penyingkiran Elly pada konsert Gegar Vaganza. Drama Elly ini tidak bermula di situ. Sebelum konsert bermula, kita semua dah dengar pengakuan jujur Faye mengenai hubungannya dengan bekas suami Elly, dan Elly pun telah mengucapkan terima kasih dan berharap Faye dapat menjaga bekas suaminya dengan baik. Semua sedia maklum beliau diceraikan semasa beliau mengandung lagi. Kononnya ketika itu Faye sudah pun menjalinkan hubungan dengan Hatta (bekas suamiElly). Pelbagai cerita, sama ada ditokok atau ditambah, kita sendiri pun belum tentu tahu kerana bukan kita berada di tempat mereka.

Tapi sebagai netizen yang tidak lari dari arus perkembangan dunia hiburan negara, aku secara tidak sengaja terambil tahu kisah Kak Lina Pom Pom ni. Ada yang labelkan beliau sebagai Drama Queen ketika ini kerana apa yang terjadi dalam kehidupan beliau penuh dengan drama sana sini. Ada juga yang mengatakan beliau sendiri menggunakan drama kehidupannya untuk meraih simpati peminat bagi mendapatkan kembali populariti. Ada juga yang pandai menghukum meletakkan karma kepada apa yang terjadi dalam kehidupan beliau.

Pandangan aku? Aku pada awalnya rasa kasihan melihat beliau yang sudahlah ditinggalkan suami ketika mengandung, malah diberi layanan yang kurang enak semasa melahirkan anak dan berpantang. kemudian dikejutkan pula dengan pengakuan berani dari Faye. Kemudian timbul pula rasa kurang senang  melihat tindakan Kak Lina bertarung mulut dengan sepupu Hatta yang masih muda sehingga wajahnya di letakkan di instagram. Terdetik pula, macam tak matang perangai dia ni. Aku tengok pula dia dalam Gegar Vaganza, aku tengok pula dia dalam instagram, aku tengok pula dalam laman sosial yang ada. Mengapa beliau menagih kasih sayang orang ramai? Mengapa nampak sayu dan sedih sekali riak wajahnya bila berdepan dengan masyarakat. Akhirnya, aku rasa aku membuat kesimpulan sendiri mengapa begitu sekali Kak Lina Pom Pom ni jadi begitu.

LIhat kembali punca asal. Apakah yang silap dan tidak seharusnya berlaku mengikut agama dan tata susila sesuatu perkahwinan.

Mengapa Seorang Suami meninggalkan Isteri yang dikatakan (sanggup mengangkat sumpah dan menggunakan isthikarah sebagai senjata) memukul dan kurang baik sikapnya, diceraikan dalam keadaan sedang mengandung? Walhal bukankah tanggungjawab suami itu perlu mendidik isteri? Kenapa baru beberapa bulan usia perkahwinan, si suami tidak tahan dengan sikap isteri terus diceraikannya?

Jadi, aku dengan beraninya mengatakan, semua ini salah lelaki itu yang menggunakan nama Allah SWT untuk menceraikan isteri. Kalaulah kau sebagai suami boleh mendidik dengan baik, aku tak rasa Drama dan Pom Pom ini akan wujud. Apa yang terjadi dari awal drama ini bermula, memang semuanya salah kau. Jangan persendakan hukum yang Allah SWT dah tetapkan. Jangan gunakan nama Allah SWT untuk kau bercinta dan melayan nafsu semata di dunia ini.

Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

Kau meminta panduan Allah SWT, bukan minta panduan orang. Sesungguhnya kau beristhikarah untuk mencari jalan bagaimana untuk mendidik isteri, bukan untuk meninggalkannya.

SEKIAN!


0 comments: