emo,

bagaimana mendidik anak? antara impian dan cita cita

12:36 PM Aina Mastura 0 Comments


Image result for bismillah jawi

Image result for honey and clover hagu


Berdasarkan tajuk diatas, entry hari ini ada sedikit berkaitan dengan emosi dan perasaan sendiri. Walaupun agak personal untuk dikongsikan, tapi dengan niat sebagai satu pengajaran untuk diri sendiri dan untuk semua, tak apalah kan.

sebenarnya aku nak tanya, masa kecil korang, ada tak cita-cita? Pernah tak ibu bapa tanya, apa cita-cita korang? Pernah tak bila ibu bapa tahu apa cita-cita korang, mereka sama-sama merancang untuk korang capai cita-cita itu dan jadikannya satu impian?

dan pernah tak korang minat sesuatu, tapi ibu bapa tak restu? Pernah tak korang ada impian nak jadi sesuatu, tapi ibu bapa risau dengan sebab dan akibatnya? Pernah juga tak ibu bapa korang tak suka tapi mereka sekadar marah dan tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan masalah itu?

tahu tak, masalah ini adalah antara yang sering ibu bapa terlepas pandang. Dan ini jugalah yang menjadikan ramai manusia sekarang mengalami masalah untuk bekerja dengan ikhlas. Mengapa? Sebab kebanyakkannya melakukan kerja sekadar mencari rezeki, tetapi tiada hati dan minat. Mengapa? kerana itu bukan impian mereka.

Pada pandangan aku, sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mengambil berat hal anak2. memang kita tahu mereka boleh berdikari. Tapi dari awal perkembangan mereka, pernah tak kita tanya, apa yang kakak suka buat? Abang suka belajar apa? Adik suka main muzik tak? kaklong suka melukis? angah nak jadi apa bila dah besar nanti?

dan pernah tak kita sebagai ibu bapa mengambil inisiatif untuk merealisasikan impian anak-anak? Dan jika kita tidak mahu anak-anak itu melakukan sesuatu yang kita tidak suka, pernah tak kita mencari jalan penyelesaian untuk mereka supaya bila mereka besar nanti mereka tidak mengalami masalah kecelaruan identiti? kecelaruan identiti yang dimaksudkan disini ialah, bila mereka mula berfikir, "sebenarnya apa yang aku nak buat?"

ramai yang akan memberi alasan seperti, sibuk bekerja, anak ramai, bagaimana nak fokus untuk setiap seorang? Boleh ke aku beri perhatian pada semua anak-anak? Tahu atau tidak, bukan keadaan yang menyuruh anda melahirkan anak yang ramai. Kita sedia maklum anak itu rezeki dari Allah SWT. Anak itu amanah dari ALLAH SWT. jadi jika kita yang memilih untuk ada anak, kita yang merelakan rezeki dan amanah itu diberikan kepada kita. Jadi, tanggungjawab kitalah untuk memastikan setiap satu itu dijaga dan dipelihara dengan baik. Mengapa dah rancang untuk ada anak, tapi gunakan alasan kesusahan untuk mendidik mereka dengan sempurna?

Nasihat saya, sebolehnya, kita sebagai ibu bapa, perhatikan apa yang anak kita buat. Tanyalah apa yang dia mahu sejak kecil lagi. Jangan bila dari kecil dia sudah tanam impian setinggi gunung, tapi bila besar benda tu terkubur. Hanya kerana kita rasa dia boleh berdikari, dia rasakan dirinya tidak penting.

Dari kecil aku nak jadi orang seni, nak terlibat dalam dunia seni, tapi sekarang aku dah tak nampak jalan yang sesuai untuk aku pergi. ada yang boleh aku buat, tapi aku rasa tak boleh buat. ada yang aku minat, tapi aku tak boleh nak commit. ada yang aku nak, tapi aku tak ada peluang. sebab bidang seni, bukan bidang yang mudah. Aku tak salah kan ibu bapa aku. AKu salahkan diri aku yang mungkin tak tahu bertanya. AKu salahkan diri aku yang tak tahu nak cakap,

Tapi, sekarang aku rasa serba salah.

Akhirnya, hanya doa dan restu Allah SWT yang lebih penting.

Alhamdullilah


0 comments: