30 days Squat Challenge

4:16 PM Aina Mastura 0 Comments

Image result for assalamualaikum wallpaper
Berdasarkan tajuk post, entry kali ini aku ingin kongsikan pengalaman melakukan 30 days squat challenge. Yes, aku dengan jayanya berjaya melalui cabaran 30 hari, dan aku akan teruskan lagi cabaran ini ke tahap yang lebih advance. Seperti yang aku cakap dulu, akak pilih untuk sado, bukan untuk kurus, bukan untuk gemuk. 

AKAK SADO

Image result for TOPH AVATAR


Hasil melakukan squat selama 30 hari, disusuli dengan minum air yang banyak serta makan Omega Guard Shaklee tiga biji sebelum tidur, aku perasan satu hasil yang paling ketara. Perut dah mengempis. Belum tahap flat, tapi dah kebelakang sedikit. Hal ini dibuktikan apabila aku pakai jeans yang sama, tapi kena pakai sebab longgar di perut. Berat aku sama, tapi jeans kena pakai belt sebab longgar dan terjatuh.

YES! Aku memang tak nak berat turun. Aku berhabis duit nak naikkan berat badan, so aku memang kena pilih betul-betul jenis senaman yang build up muscle tempat yang aku nak. Jadi squat dan plank merupakan dua senaman yang aku buat tiap2 malam. Plank aku baru start, so, tunggu lagi 30 hari aku beritahu hasilnya.  

Actually, ada beberapa jenis squat yang kau boleh buat sambil2 melayan anak tengok tv, sambil sidai baju, dan juga sambil tangkap lipas. Kalau apa yang aku dengar, ada 40 jenis squat. Tapi, sebagai wanita pun, tak semua kau boleh buat. Dan pada yang tak biasa, jangan memandai cuba squat yang extreme. Nanti tercedera, susah pula. Di sini, aku kongsikan jenis squat yang aku suka buat. 

Basic Squat (yang ni kau boleh buat dekat office, dalam toilet, or dekat pantry)

Split squat. Kalau kau pegang benda berat mcm dumbbell, maka dia akan jadi dumbbell split squat. kalau dekat rumah tak ada dumbbell, kau peganglah botol air yang penuh.


Image result for pile squat
Pile Squat. ini kau buat tepi katil pun boleh sebelum tidur.

Image result for side to side squat
Side to side squat. Yang ni kalau kau boring dengan squat yang biasa, sekali sekala kau bolehlah cuba squat ala2 menari ni. 

Selamat mencuba. 

^_^


0 comments: