projekmastikus,

Teater Syahid Dukapura

10:15 PM Aina Mastura 0 Comments


Image result for assalamualaikum jawi


Merujuk kepada poster di atas, semua orang pun boleh tahu kan aku nak cerita pasal apa? Sabtu lepas, 29 oktober, aku dengan rasminya menjadi driver tak rasmi Sasterawan Negara, Dato Dr Zurinah Hassan mejadi vvip ke Pementasan Teater Syahid Dukapura. Setelah sekian lama aku tak menonton teater, atas dasar sokongan kepada rakan sekolah suami yang juga pelakon dalam teater tersebut, aku tergerak hati untuk menonton. Pementasan teater dipentaskan di Auditorium, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kerjasama Institut Terjemahan Buku Malaysi (ITBM), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL) dan disokong sepenuhnya Kerajaan Negeri Selangor. 

OKie, Aku khaskan post ni untuk buat ulasan mengenai teater ini sahaja. setelah sekian lama tak buat review, akak nak cuci tangan balik. hehe...tapi sebelum apa2 aku nak puji sikap pengarah, Fairul Pujangga yang bergegas turun bila nampak bonda tiba di pintu MPAJ. Beliau sambut bonda dengan penuh hormat dan terharu, malah beliau tunjukkan jalan dan memastikan kami tahu nak tuju kemana. selepas teater tamat juga, ucapan terima kasih banyak kali aku dengar diucapkan kepada bonda. tahniah, kerana budi ku jatuh hati, :)

Secara general nya, dari sudut karakter saya rasa semuanya memainkan peranan yang baik dalam perjalanan cerita. walaupun kadang ada beberapa watak yang dilihat sekejap atau sementara, semuanya berperanan dalam membawa cerita tersebut ke plot yang seterusnya. Cuma terkadang dialog sesetangah babak ada sedikir meleret dan memanjang. Benar cerita seperti ini perlu bermain dengan dialog yang kuat, tapi mungkin kurang sesuai dengan orang seperti aku yang lebih suka mendengar dari melihat. Aku tengok teater guna telinga, itu yang payah kalau banyak sangat dialog. Tapi, meleret  pun, aku bagi markah tinggi untuk penulisan skrip yang sangat baik dan berhati hati dalam mengeluarkan hukum hukum agama. Bagus. Ini membuktikan penulis skrip dan pengarah melakukan kajian. Jangan jadi macam sesetengah drama, guru english cakap broken. :p

Dari sudut set, saya tertarik dengan penggunaan huruf huruf hijaiyah yang diletakkan. tapi aku akan lebih suka kalau mereka diberi peluang pentas yang lebih besar dan luas untuk penggunaan maksima hiasan tersebut. terbayang pula kalau teater ini dipentaskan di istana budaya. perghhh..mesti meletop. aku boleh bayang kebebasan berkarya mereka menghiasi pentas dengan penggunaan idea yang sama.  sama seperti pergerakkan pelakon, andai kata mereka mempunyai ruang yang banyak, aku rasa lakonan dan ekspresi emosi dan penggunaan pentas akan lebih mantap. kan lebih baik beri peluang kepada anak2 muda mementaskan karya mereka daripada konsert batu bata di istana budaya, ye tak?

dari segi lakonan aku tak nak sentuh langsung. tapi sentuh sikit. lakonan aku beri A +++. tidak perlu aku mengenali mereka, atau bertanya siapa mereka ini, cukup sekadar aku percaya itulah watak yang mereka bawa. aku suka melihat lakonan yang bersahaja dan "betul2" berlakon. ini barulah teater. nak berlakon teater bukan senang. tak ada "cut". tak ada "second chance". apa yang jadi, itulah yang anda dapat. lontaran suara cukup jelas. aku faham sebiji biji apa yang mereka cakap.

dari sudut jalan cerita, aku boleh katakan JELAS. aku faham mengapa, kenapa, dan apa yang terjadi. konsep plot yang bagus, iaitu permulaan, konflik, klimaks dan pengakhiran juga KEMAS. cuma aku kurang setuju dengan pengakhiran yang menunjukkan salah seorang watak terkorban akibat melanggar satu perjanjian demi menegakkan kebenaran. Barangkali aku seorang yang anti konflik dan sad ending. sebab itu aku nak watak itu hidup sebagai bukti kejayaan. HAHA...

Secara keseluruhan, pementasan Teater Syahid Dukapura tidak mengecewakan. Aku berharap ada pihak yang mahu membantu  mereka lebih lagi bagi  membesarkan lagi pementasan seperti ini. Sayang bakat2 dan karya yang baik tidak diketengahkan. Kepada produksi Teater Syahid Dukapura, TAHNIAH.


0 comments: