safi,

Setia bersama Safi Rania & Safi Balqis

5:21 PM Aina Mastura 0 Comments

Image result for assalamualaikum jawi
Okie, setelah sekian lama tak upate blog, hari ini saya saja nak berkongsi pengalaman menggunakan produk yang saya dah lama pakai since 2012. Rasanya tak perlu saya perkenalkan okay, produk ini sebenarnya dah glamer vavavoom pun. 

Safi Rania dan Safi Balqis.

Kalau ikutkan, semua jenama safi saya suka okie. Sebab macam keyakinan tu lebih ke arah produk malaysia yang mesra muslimah ni. hehe...

Purata barang kecantikkan yang saya miliki ialah dari range safi rania gold. (sebab dah sikit lagi usia mencecah 30 kan, so kenalah pakai anti penuaan).

Selalunya saya akan guna Safi Balqis untuk tujuan pembersihan solekan di office untuk solat dan asas solekan. So far, tak melekit and senang dibersihkan. Bila pakai rasa kulit lembap sahaja.

Okie, meh saya share apa yang saya selalu pakai dan amalkan. Enjoy

#

Saya selalu cuci wajah guna yg lembapan mendalam. sebab kulit saya kering ,tapi berminyak. so kombinasi. kiranya jenis yang ni sesuai untuk kulit saya. kulit lepas cuci pun tak rasa kering.


Image result for safi rania
Serum ni wajib pakai bagi yang ada masalah "large pores" macam saya. sebab bila large pores, banyak kotoran senang tersumbat. jadi penggunaan serum boleh mengecilkan pores dan juga menjaga kelembapan kulit. and siapa rasa kulit dah kusam tu, serum juga boleh meng vuvuvahvahkan balik kulit anda. hahahaha

Image result for krim siang safi raniaImage result for krim siang safi rania

benda alah dua ni memang wajib di setiap pagi, dan di setiap malam. mengikut namanya, amalkan lah setiap hari supaya siang anda sentiasa dilindungi, dan malam kulit anda sentiasa dirawati. cewah...krim pelembap ni pun tak melekit. just nice. so far bila pakai tak rasa berminyak juga.


Image result for safi rania
yang ni bagi saya benda asas yang semua orang kena ada. untuk bersihkan solekan, untuk hilangkan kotoran, untuk pakai sebelum make up, haisy, macam2lah penggunaannya. yang pasti, bila pakai toner, barulah pores tu tertutup, dan nak pakai pelembap dan make up pun senang.

#
seperti yang saya cakapkan tadi, saya ada masalah large pores dan membuatkan kulit saya senang ada blackhead dan whitehead. so scrub diwajibkan untuk kulit saya. saya akan pakai scrub tiga kali seminggu. saya selalu pakai lepas stim muka. baru kotoran tertanggal sekali masa scrub.

#
ni antara produk baru oleh safi. selalu saya akan pakai bila esoknya nak ke majlis2 atau berjalan2. hehe...budget2 baru lepas buat facial kononnya. tapi memang best pakai. ada terasa kulit lebih lembap dan nampak lebih cerah.

#

okie, yang ni saya simpan dalam beg jalan2 saya. saya gunakan untuk bersihkan wajah sebelum solat. kenapa saya pilih yang ni? sebab dia pembersih dan penyegar sekali. tak perlu gunakan toner lagi untuk make sure kulit betul2 bersih. pakai banyak kali pun tak terasa kering. ^_^
#

yang ni saya pakai 3 kli seminggu juga untuk buang bintik2 hitam. tapi yng ni jarang saya beli. tapi bila sekali kala pakai tu, memang ada terasa bersih kulit dan tak ada rasa menggerutu akibat blackhead durjana tu. hahaha

#

once in a while, akan datang mood kau malas gila nak pakai make up. nak jalan keluar dengan wajah bogel. hhahaha...tapi no no no. jangan sesekali keluar dengan wajah tanpa sebarang perlindungan. sebab dekat luar banyak kotoran okie. melainkan kau nak gi buat facial, bolehlah. so, bila aku rasa malas nak pakai apa2, dan hanya nak ke kedai membeli barang masak(walaupun laki aku yang selalu beli, dan dia yang masak), aku tempek krim kecantikan safi balqis ni. aku pilih krim safi balqis ni dari safi rania gold ialah sebab aku rasa tekstur lagi lembut dan lagi kurang berminyak dari sari rania gold. dan safi balqis punya krim kecantikan lebih cerah warnanya. bila aku pakai safi rania punya ada rasa mcm gelap skit. hehehe

#

sama dengan alasan di atas, aku pilih bb cream safi balqis sebab lebih sesuai dengan tona kulit dan kondisi kulit aku. bila pakai bb cream safi rania, macam cair dan nampak gelap. so far, aku dah pakai bb cream safi balqis, ramai orang puji kulit aku nampak lebih licin. yaaalzzzzzzz

#
okie, last but not least, akibat dah confuse dengan penggunaan saya dan aku dalam blog ni, akhir kata, akak nak introduce produk terbaru safi rania gold yang menjadi kegemaran akak sekarang. hahaha...dah boleh pakai akak okie, sebab dah nak masuk lucky 30. hahaha
Semburan Booster & Penyegar ni akak letak dalam beg okie. kemana2 akak bawa. rasa kulit boring skit (kau jangan main2 kulit pun boleh rasa bosan), akak sembur sekali. vuussssss..terus rasa cantik kembali seperti angelina jolie. yg ni pun elok pakai selepas make up untuk make sure kulit sentiasa lembap. jadi, yang ni paling akak sarankan ada dalam beg semua orang.

okie, setelah selesai merepek, saya, aku dan akak ingin mengucapkan, selamat mencuba....

p/s: gambar dibawah akak keluar pakai eyeliner dengan krim safi balqis je tau. amacam? sebelah tu adik akak. hahahahhahaha.....

والسلم

Displaying P_20161016_201500_BF.jpg

0 comments: