gosip,

kenapa perempuan tak suka perempuan lain?

4:53 PM Aina Mastura 0 Comments


Image result for assalamualaikum
okie, bersesuaian dengan tajuk post serta gambar di bawah, hari ini aku nak bercerita pasal kenapa orang perempuan tak suka dengan perempuan lain. Benda ni memang selalu berlaku dikalangan group perempuan. dari tadika, sekolah, universiti sampailah ke tempat kerja. bila kau dah jadi makcik2 pun, penyakit tak suka sesama kaum ni sangat kuat. melalui carian dan bacaan, aku jumpa satu link yang menyediakan sebab sebab mengapa perempuan tak suka perempuan lain.

Image result for iri hati


1. Rasa terancam:

Terancam tau. Bukan mengancam. hehe...terancam kau rasa tercabar dengan kehadiran seseorang.
Bila kau dah biasa dan rasa selesa dengan kehidupan kau sekarang, tiba2 hadirlah seorang perempuan yang kau nampak macam membawa ancaman kedalam hidup kau. Antara beberapa contoh, kau jealous tengok suami kau ada staff perempuan baru, atau kau dengki dengan kawan baru kepada kawan baik kau. kau rasa terancam sebab kau mcm syiok sendiri yang kau akan disingkir oleh perempuan2 lain ini.
tips : tak perlu terancam, apa kata kau jadikan diri kau mengancam vahvahvoom. 

2. Sikap suka cemburu

Perempuan ni memang terkenal dengan sikap cemburu. orang kurus sikit tak boleh. orang gemuk sikit pun tak boleh. pinggang orang tu kecil pun boleh. orang tu tak ada pinggang pun kau terasa. rumah orang tu bersih kau sakit mata, orang tu rumah kotor kau tertekan. semua ni sebab cemburu dengan kehidupan orang lain.
tips : amalkan sikap sederhana.

3. Perempuan tak boleh lelaki suka perempuan lain

Satu sikap yang ada dalam majoriti kaum wanita ialah mereka tak boleh terima seseorang perempuan tu "dicintai" atau "disayangi" atau pun "disukai" ramai lelaki, mahupun perempuan. terutamanya lelaki! Bagi mereka perempuan yang mendapat kasih sayang yang lebih ini sama ada jahat, murah, jalang, gedik, dan lebih hebat lagi pakai guna2. haha..
tips : hidup kita milik Allah SWT. kan lebih elok kita cari perhatianNya? ^_^


4. Tak boleh jadi seperti orang lain

Bila kau mula rasa tak bersyukur dengan apa yang kau ada, kau tak boleh terima hakikat yang akan ada manusia lebih cantik, atau lebih murah rezeki daripada kau. Kau bermimpi nak jadi macam orang tu, tapi apa pun yang kau buat kau takkan boleh jadi macam dia. Kadang tu, bersungguh berusaha nak jadi orang lain, tapi kau lupa apa yang kau dah ada. bahaya.
tips: rezeki itu milik Allah SWT. kalau kita nak, doa dan mintalah padaNya.

5. Suka Membenci

Percaya atau tidak, memang ada orang yang suka membenci orang. Semua orang nampak salah di matanya. Tak boleh diam, mesti nak juga bicara tentang salah orang. bahaya juga ni. ini tanda hati hitam dan busuk.
tips : Banyakkan beribadat. Solat sunat hajat, tahajud dan dhuha kalau boleh dijadikan amalan.

6. center of attraction

Yang ini saya akui, saya pun ada masalah ini satu ketika dahulu. Saya sukakan perhatian. pernah juga rasa macam artis bila ramai orang suka berkawan dengan kita dan memberi perhatian pada diri kita. bila datang seorang yang seakan2 kita, mula rasa sakit hati dengan kehadiran orang tu. tapi aku bersyukur sebab cepat disedarkan dari hati hitam ni. aku sedar yang perhatian itu tak selamanya. dan yang paling penting, walaupun ada orang baru, sebenarnya kasih sayang dr kawan2 dan yang mengenali aku sebenarnya tak pernah berubah. cuma lumrah manusia kdg teruja pada yang baru.
ini selalu terjadi pada anak dara yang selalu dpt perhatian lelaki, dan bila dtg anak daru baru atau pun "mak dara", yang lebih kebabom, kita terus benci orang baru itu.
tips : seperti yang saya katakan tadi, perhatian Allah SWT itu lebih penting ^_^


7. harapkan mulut manis dan kaki bodek

Dalam erti kata lain, perempuan lebih suka dengar yang baik2 saja mengenai mereka. so kalau ada yang kadang2 mulut kasar skit, mereka tak suka. kadang perempuan lebih suka perempuan bertalam talam wajahnya dari yang jujur dihadapan mereka.
tips : kalau terasa dengan kata kasar seseorang, minum air dan berzikir banyak2. 


8. Suka bersaing

Ya, perempuan memang suka bersaing. mode competitive itu sangat kuat dalam naluri seorang perempuan. itulah sebabnya perempuan tidak digalakkan menjadi pemimpin. takut nanti bersaing lebih dari memimpin. hahaha...seperti dialog dalam filem pramlee, "orang beli kereta baru, dia mau kereta baru. jadi saya mahu tolong kidnap sama sayalah"
tips: bersaing dalam beribadat pun seronok juga.

9. Membenci untuk sedapkan hati

Kadang bila kita mencari salah orang, kita membenci orang, dan lebih lagi membuat orang lain membenci orang yang sama, perempuan merasakan dirinya lebih baik dan lebih hebat. isy isy...
tips : berdoa, berdoa, berdoa...dan terus berdoa


bagi aku sebenarnya, kalau kita berpuas hati dengan kehidupan kita, kita tak cemburu, kita tak iri hati, dalam erti kata lain, kita bersyukur sentiasa dengan apa yang ALLAH SWT dah berikan kepada kita, insyaAllah, kita takkan rasa benci mahupun dibenci.

BERSYUKUR

yes, itulah keywordnya. ikhlaskan beribadat. jangan tinggal solat. tambahkan yang sunat. sentiasa berzikir. sentiasa mengingatiNya. barulah hidup aman bahagia. ^_^

sekian


Image result for thank you





0 comments: