Projek Mastikus : 31 hari di Januari "KEINSAFAN INI"

11:34 AM Aina Mastura 0 Comments


Takkan tertahankan,
dihembus ditiup,
disebut sebut,
ini bukan salahnya,
bukan harus diperbaiki,

Diminta minta
jangan diulang lagi
terasa berat, semakin lemah,
tidak mahu terkecuali,
dari hukuman itu,
mahu dipertanggungjawabkan,
tidak mahu berantakan lagi

berdoa tiada henti,
sedikit perhatian,
tangan ini ditadah,
agar segala keampunan
dirahmati, diberkati,
biar hari hari menghitung,
hingga tidak bisa menemukan tujuan,
tetapkan terus berharap,
untuk maksud keinsafan ini,
menjadi jelas semakin hari

0 comments: