Projek Mastikus : 31 hari di Januari "DUHAI CINTA"

10:33 AM Aina Mastura 0 Comments




Duhai jiwa
Datanglah dekat,
Senyumlah padaku,
Khabarkanlah padaku,
semuanya akan baik sahaja,

Duhai sayang,
Teruskan bermimpi yang indah,
Jika jaga menakutkanmu,
Teruskanlah lenamu,
Aku akan ada di sisimu

Duhai nyawa
Andai sesuatu bisa terjadi
Aku mungkin tiada kemampuan
Mungkin tidak bisa memadam kedukaan ini,

Namun kasih,
Damai itu akan tetap bersama
Jika kita sentiasa berdoa,
Terus percaya,
bahawa segala yang dikurniakan,
semua milikNya

0 comments: