Projek Mastikus : 31 hari di Januari "GADIS DAN CINTA"

5:00 PM Aina Mastura 1 Comments


Dengan matanya,
Gadis ternampak,
Sesuatu yang pelik,
Namanya...Cinta.

Gadis tak takut,
Dia mencuba mendekati,
Mencuba menyentuh,
Mempersilakan cinta datang,
Masuk ke hatinya

Banyaknya cinta,
Gadis gelisah,
bertukar berubah rasa,
sakit, pedih, gembira, berani,
lentur manusia kerana cinta

Warna cinta,
Gadis teruja,
Ada warna-warna aneh,
Tak terterang, Tak terpenuhi,

Kini Gadis tahu
Cinta,
Bisa jadi pedih, bisa jadi derita,
Tapi Cinta itu membahagiakan,
Jika hati bersih, Jika hati jujur,

Gadis mahu cinta,
yang benar dan indah,
Gadis dan cinta,
mahu bersama,
tetap bersama



1 comment:

  1. kerana cinta kehidupan tercipta,
    kerana cinta kita gembira,
    kerana cinta kita berada,
    kerana cinta kita bersama,
    kerana cinta putus segalanya,
    kerana cinta keluarga kemana,
    kerana cinta berkumpul semula,
    kerana cinta hidup sengsara,
    kerana cinta tercipta bahagia,
    kerana cinta musnah negara,
    kerana cinta perpaduan tercipta,
    kerana cinta kita manusia,
    kerana Dia kita cinta.

    ReplyDelete