Projek Mastikus : 31 hari di Januari "TARI"

3:32 PM Aina Mastura 0 Comments


Tari,
Sukar digambar cintaku pada tari,
Seakan mabuk pada tari,
Bukan mabuk sebarang mabuk,
Ini adalah mabuk cinta

Kadangku mampu hanyut dalam mabuk ini
Jangan kata sementara, tapi bagai selamanya,
kerana aku telah memberi hatiku
pada Tari

Kini, 
Tari terpaksa dihenti,
bukan kerana derita, bukan kerana hilang,
langkah-langkah itu masih wujud,
iramanya masih menggila,
rentaknya masih kudengar,
kuberikan hatiku pada Tari,
Tapi tidak lagi

Kuucapkan selamat tinggal,
Tari,
aku telah berikan hatiku pada yang lain,
sakit manis untukNya,
kerana kini ku mengerti Tari hanya sementara,
tapi yang Ada itu kekal selamanya

0 comments: