Projek Mastikus : 31 hari di Januari "TAHUN"

4:30 PM Aina Mastura 0 Comments



Tahun baru, tahun ini
Jadi ini adalah tahun baru,
Baru tidak baru,
Lama tidak lama,
tidak merasa apa yang berbeza,
walaupun letupan bunga api di sana sini,
tiada apa yang hendak diterujakan

tapi tidak adil pula,
tahun baru, tahun ini,
tiada resolusi
untuk diri ini,
menjadi yang lebih baru

jadi tahun baru, tahun ini,
mahu menugaskan diri,
jadi yang lebih baik dari yang baik,
jadi yang lebih rajin dari yang rajin,
jadi yang lebih disayangi dari yang menyayangi

Percayalah tahun ini hanya sekali,
tahun depan menjadi ketinggalan,
tahun lepas akan dilupakan,
tiada lagi zaman dahulu,
zaman kini tidak akan selalu terkini,

Jadi, tahun baru, tahun ini,
bersyukurlah, ucapkanlah,
kerana tahun ini, mungkin tidak kembali



*gambar sumber incik google




0 comments: