Projek Mastikus : 31 hari di Januari "KARMA"

11:56 AM Aina Mastura 0 Comments

Aku tahu
segala maksudmu
setiap kata-katamu
jauh di sudut jiwaku
bahawa nasibku,
bagai dipegangmu,
meskipun aku melawan arus,
keyakinanku bagai dicampak,
bagai dipaksa jangan berfikir,
membiarkan hati diperkotak katik

Inikah keadilan
bila kuasa menjadi taruhan
segalanya terjadi di depan mata,
jatuh bangunnya manusia,
diputuskan dengan emosi,
melepaskan segala makian,
tanpa sebarang timbang rasa
inikah keadilan?

Kadang niat yang baik,
bertukar keji,
ingin menghukumi,
si dia yang berdiri megah
dengan kuasa sementara,
namun bila kufikir dengan jelas,
benar, nyatalah sekali,
sememangnya kuasa di dunia hanyalah sementara

Karma dunia itu adil,
Berbuat baik, dibalas baik,
Berbuat jahat, tunggulah akibatnya,
Satu hari nanti, terbuka matamu,
bahawa kebebasan berkuasa,
bukanlah satu kemegahan,
tapi hanyalah satu jalan kejatuhan,






0 comments: