Projek Mastikus : 31 hari di Januari "DIA YANG ADA "

3:57 PM Aina Mastura 0 Comments


Dia mungkin tidak luar biasa,
Tiada harapan yang tinggi,
cukup sekadar insan sederhana,
di setiap mata yang memandang.

Tapi hatinya cukup suci,
cukup ikhlas nuraninya,
biar ada yang mengkeji,
tapi dia masih terus memuji,

Mungkin kita tidak sedari,
insan seperti ini,
sentiasa ada disekeliling kita,
mungkin kita mengabaikan kewujudannya,
mungkin kita tidak menghargai kehadirannya

Percayalah dia yang ada ini,
akan membantu ketika susah,
akan tersenyum ketika senang,
bersama ketika memerlukan,
dia ada didunia yang nyata,
mungkin sebagai teman,
mungkin sekadar kenalan

Tapi tahulah,
dia adalah dia yang sentiasa ada

0 comments: