ruam bayi dan batuk kahak

11:20 AM Aina Mastura 0 Comments

Assalamualaikum

merujuk kepada topik di atas, sebenarnya saya nak kongsi pengalaman saya menjaga Eleanour Albar masa berpantang dulu. masa lepas bersalinkan Eleanour, saya perasan kulitnya nak ruam yang banyak. kadang tengok sampai nak nangis (over kan? dah jadi ibu macam nilah emosi nya..haha). saya bawa ke klinik, doktor kata ruam biasa. so dia bagi sabun mandi untuk buang ruam. lepas tu ruam tu naik pula ke kepala. sampai telinga Eleanour macam berkuping. bawa sekali lagi ke doktor, doktor sahkan Eleanour ada eczema. saya pernah kongsi mengenai eczema pada entry bulan lima dulu, jadi bolehlah rujuk di sana ye. hehe..

walaupun doktor ada bagi krim untuk ruam tu, saya still macam x puas hati. kesian tengok ruam dia cepat naik. jadi masa umur Eleanour tiga bulan, saya terjumpa satu iklan mengenai minyak kelapa dara (TROPIKA VCO). Saya baca testimonial dia macam sangat meyakinkan. jadi saya pun belilah, dengan harapan dan tawakalnya supaya dapat membantu mengurang atau mencegah eczema ini. Alhamdullilah, minyak ni banyak membantu. Eleanour dah jarang tumbuh ruam. walaupun panas, ruam dia sekejap je hilang. and kalau ada luka, cepat je jadi parut, and parut pun cepat pudar. minyak ni pun wangi. bau dia tak kuat. lembut sangat. kulit Eleanour sangat lembut sekarang. bersih je selalu. kulit kepala Eleanour pun dah makin bersih. sekarang rambut Eleanour dah makin kerinting. hahaha...

GAMBAR SUMBER DARI INCIK GOOGLE

Bila Eleanour masuk lima bulan, dia kena demam batuk selsema pula. sampai ada unyi wheezing. lagi sekali luruh hati ibu mendengar nya (overkan?). haha...dua kali bawa jumpa doktor, doktor kata jangan risau. bagi ubat saja. tapi mcm x de perubahan. saya cuba tukar susu, ada nampak skit perubahan. sebab ada yang kata kadang ada susu yang panas dan baby pun alergi dengan sesetengah susu. salah satu tanda alergi ialah batuk berdehit dan wheezing juga. jadi saya tuka susu. so far nampak mcm dah berkurang. tapi masih ada wheezing. jadi memandangkan saya dah yakin dengan produk tropika VCO ni, saya pun cuba krim herba tropika yang khas untuk bayi yang ada masalah pernafasan dan sesuai juga untuk yg ada asma. saya cuba pakaikan pada Eleanour. Alhamdullilah, sekali lagi Allah SWT bantu permudahkan urusan saya. Eleanour dah tak batuk sangat, dan wheezing nya pun dah tiada. Eleanour tidur lena, dan saya tak risau lagi dia kena asma atau pun masalah hidung tersumbat. Alhamdullilah, syukur sangat.

GAMBAR SUMBER DARI INCIK GOOGLE

p/s: ini bukan iklan untuk menjual barang, ini sekadar berkongsi pengalaman. ^_^ selamat mencuba.


0 comments: