rasa itu

2:16 PM Aina Mastura 0 Comments

satu rasa, yang timbul,
bukan atas dasar mahu
jauh sekali mencuba
tapi datang sendiri
sukar mahu dimati
mengapa rasa ini ada
bila terpaksa selalu memberi
disentap bila kadang meminta
walau sukar menikmati
keadaan di pihak menerima
maafkan terpaksa ada rasa
bila rasa ada
maka ketara berbeza
mahukan segala
hingga separa nyawa
berharap tak berpada
bagai dihukum, dengan rela,
walau sakit merasa
walau perit terkena
kerana itulah akibat
bila dikurnia rasa satu rasa
yang diadun dengan segala rasa yang ada....

0 comments: