pelik, hairan, biasa

11:16 AM Aina Mastura 0 Comments

Adakah ini sesuatu yang pelik?
Bila mendengar
Satu demi satu
Kata-kata yang diperdengarkan
Menjadi sebutan dalam ingatan
Bagai sarat dengan perkataan 
Adakah ini sesuatu yang hairan?
Bila yang mendengar
Satu demi satu
Kata-kata yang diluahkan
Menjadi sesuatu yang tidak diendahkan
Bagai meminta,
mengharap didiamkan
Adakah ini sesuatu yang biasa?
Bila mahu didengar
Satu demi satu
Kata-kata ingin diterima
Menjadi hanya nyata dalam mimpi
Bagai terlupa makna keseimbangan
adakah ini sesuatu yang aneh?
bila mendengar tidak mendengar
satu demi satu kata-kata
kononnya didengar
menjadi sesuatu yang kedengaran
bagai berada dalam angan-angan

*tribute to Mastikus Chocolate Cafe

0 comments: