dengar...

4:51 PM Aina Mastura 0 Comments


dengar pesan ku,
jangan cuba bermain dengan pengetahuan,
andai tidak tahu erti belajar,
nanti kalah dengan kesilapan,
yang diulang ulang,
bagai tiada hentinya

dengar pesan ku,
jangan terlalu ragu,
nanti lemas dibawa arus,
seperti tidak dibawa kembali,
ke daratan tempat asalnya

dengarlah pesan ini,
teruskanlah kehidupan,
terimalah segalanya adalah hakikat,
ucapkan selamat tinggal pada yang tidak kembali,
sampaikan salam pada yang menunggu dihadapan

dengar pesan ini,
bertarunglah, berjuanglah,
untuk masa ini,
untuk yang sentiasa di sisi.


0 comments: