bila mula memerhati

5:01 PM Aina Mastura 0 Comments

manusia akhir zaman

berkorbanlah harta dan nyawa pun utk seseorang,
jangan terkejut satu hari manusia itu meminta lagi harta dan nyawa kita,
hingga dicaci dan dihina

menjagalah hati manusia itu sebaiknya
tapi janganlah berharap manusia itu akan memahami keadaan kita
malahan hanya tahu terasa, dan terasa sahaja

bila melihat yang lain berbuat salah
bila ternampak yang lain mempunyai kekurangan
mulalah manusia ini menaikkan pangkat diri sendiri

biar pun berjuta mengatakan terhutang budi
bila kita cuba mengharapkan sedikit belas
yang diberinya tetap hutang

merungut tentang kehidupan tidak bahagia dan senang
walhal sejadah sedikit tidak dicium
malahan mempersoalkanNya mengapa takdirnya begitu

berpesan pada diri sendiri,
dan pada yang mengambil berat
buanglah perasaan benci dan iri hati

bila mula terasa, padamkanlah
bila mula mendengki, lenyapkanlah
bila mula mahu mengata, diamkanlah

percayalah wujudnya Allah itu
kerana kepercayaan itu
membuatkan kita lebih takut untuk melakukan kesalahan..

pesanan ini tetap utamanya ditujukan pada diri sendiri

:)

0 comments: