baby dan alergi makanan

11:08 AM Aina Mastura 0 Comments

Assalamualaikum

baiklah, sempena lagi dua minggu saja saya akan mula bagi makanan kepada Eleanour Albar cayang bucuk2 tu, saya nak kongsi mengenai alergi makanan.

Memang excited masa awal2 nak bagi baby makanan pepejal ni. sebab inilah salah satu petanda yang menunjukkan anak kita dah besar. wee...saya ni pun excited tengok Eleanour dah pandai macam2. lepas ni dah nak start makan. pastu ada gigi. pastu kena beli berus gigi. adeh..hehehe..

masa Eleanour awal2 dulu, doktor sahkan Eleanour ada eczema. Eleanour tak boleh kena panas sangat, atau demam, mesti naik ruam dia. tapi sejak pakai minyak tropika tu, okie skitlah. hehe..cuma sekarang risau pasal makanan pula. ada kata, baby eczema lagi kena hati2 dalam pemakanan. sebab mereka ni bayi yang sensitif dan senang kena alahan atau alergi.

Jadi cara yang terbaik ialah kita perlu beri makanan kepada anak kita secara ansur ansur. nak bagi diaorg makan, jangan cuba semua dalam masa terdekat. kalau nak cuba, bagi satu persatu ikut tempoh yg agak panjang macam seminggu ke. kalau tak ada sebarang tindak balas, baru cuba ke makanan jenis lain. Tapi jangan terlalu risau. asalkan pemakanan itu sihat dan seimbang dengan diet bayi, insyaAllah dan tawakal semuanya baik2 sahaja.

Antara makanan yang mudah  memberikan bayi alergi ialah sus, telur, peanuts, walnut, ikan, kerang, soya, dan gandum. Alahan yang teruk selalunya muncul sejurus selepas bayi kita makan. paling lama pun sejam atau dua jam. kalau yang teruk lagi, makan terus alahan. kalau yang bahaya begini, terus bawa ke hospital. jangan tangguh2 tunggu alahan tu hilang ke apa.

antara tanda-tanda alahan yang ketara ialah:


  • ada bekas gatal2 pada badan
  • kulit jadi merah atau ruam
  • bengkak pada muka, lidah dan bibir
  • muntah dan cirit birit
  • batuk dan berdehit
  • sukar bernafas
  • tidak sedarkan diri

harap dapat membantu serba sedikit ye perkongsian saya ini. sekian, selamat memberi makanan kepada si comel. ^_^



0 comments: