apa itu migrain

12:16 PM Aina Mastura 0 Comments

Assalamualaikum...

ye....sebagai migrainer tegar...hahaa...saya rasa ini satu topik yang sesuai untuk dikongsi bersama dalam blog saya. untuk pengetahuan semua, saya sering diserang migrain sejak saya remaja lagi. pada usia kanak2, saya ingat saya ni jenis pening kepala biasa dan hanya mabuk bila berjalan jauh. lama2, saya perasan, saya ni sakit kepala pada waktu2 tertentu seperti period, berjalan jauh, naik tangga, lambat makan, puasa, bila terlalu marah, atau terkejut. banyak lagi sebenarnya keadaan yang membuatkan saya sakit kepala. akhirnya saya decide untuk berjumpa doktor dan akhirnya doktor kata sebenarnya saya ni mengalami migrain. apa itu migrain??? haa...ini yang kita nak tahu..

Migrain sebenarnya adalah sejenis gangguan atau serangan sakit kepala yang teruk dan berulang kali. Sakit kepala migrain ini boleh menyebabkan kepala kita rasa berdenyut2 atau sakit yang teramat (agak2 rase macam ada orang ketuk dengan hammer perasaannye). Dan selalunya migrain ini berlaku pada sebelah kepala sahaja. sama ada kiri atau kanan. saya selalunya hadapi sebelah kanan. migrain selalunya dikaitkan dengan rasa loya, muntah2, dan kadang yang lebih teruk boleh pengsan. bila migrain juga, kita akan menjadi lebih sensitif terhadap cahaya dan bunyi. macam saya, saya suka dengar muzik. tapi bila migrain dah tahap maksima, lagu kegemaran pun boleh jadi bingit di telinga. paling sekejap migrain menyerang adalah empat jam dan lebih lama boleh cecah seminggu. tapi, ada kes yang saya pernah dengar dekat sebulan migrain tak berhenti denyut dekat kepala.

Migrain ini ada yang kata kalau dah rasa macam mula denyut tu, cepat2lah tidur. tapi ada yang lebih teruk, memang tak boleh tidur. macam saya, tidur pun sakit kepala. bila bangun tambah lah sakit. pernah saya terbaca, kajian yang mengatakan banyak company di luar negara yang tak suka dengan orang yang ada migrain sebab boleh menggangu prestasi pekerjaan seseorang itu. migrain juga boleh menyerang paling kurang seminggu sekali dan paling tak berapa nak kuat sangat dua kali setahun saja. macam saya, purata sekali seminggu tu macam hampir lah. hehe...satu ketika dulu masa zaman belajar, pandol activfast tu dah macam kawan baik. memang orang kata tak elok. tapi, tengah belajar dan buat projek2 luar, ingat ada ke orang nak faham kalau kita kata kita ada migrain n nak tidur? untuk pengetahuan semua, tidak ramai yang memahami situasi bila mengalami migrain oleh sebab itu statement begini biasa keluar,
"alah, tahan jelah. tak payah makan panadol. tak elok. rehat je"

atau

"teruk sangat ke? tahanlah skit. nnti baiklah tu"

haaa....bagi orang yang ckp mcm ni, kita boleh doakan dia semoga berbahagia sajalah.  migrain ini lebih kurang macam eczema lah. tak ada ubat untuk sembuhkan, tapi ada ubat yang boleh mengawal. jadi, sebelum nak mengawal, kenalah tahu apa yang trigger dan menyebabkan migrain ini berlaku. kalau ikut kajian, diaorg pun sebenarnya tak tahu apa yang boleh buat seseorang itu dapat migrain. tapi, mereka cuma dapat buat kajian mengenai apa faktor yang trigger migrain seseorang itu. jadi, apakah pencetus migrain itu?

1) kurng tidur atau terlalu banyak tidur. tidur yang tak menentu atau terbangun secara terkejut dari tidur pun tak elok bagi yang ada migrain.

2) stress, marah, bimbang, tekanan emosi, terlalu risau, memang emosi yang menyebabkan pencetus migrain.

3) ubat yang tidak sesuai. contoh, pil perancang.

4) lampu atau cahaya yang terang

5) terdengar bunyi kuat atau terkejut.

6) bau yang kuat. contoh minyak wangi atau asap rokok

7) salah makan. contoh, makan maggie banyak sangat, makan garam, terlebih manis..haa..biasalah ni.

8) tak cukup makan atau kurang tenaga. sebab tu selalu masa puasa orang selalu kena migrain juga, jadi orang ada migrain wajib sahur banyak skit.

9) cuaca yang tidak menentu. macam kejap panas, kejap sejuk.

10) perubahan hormon. biasalah ni, terutama bagi perempuan. Alhamdullilah masa pregnant tak kena selalu. dah tak pregnant yang migrain datang balik. -_-"

okie, sampai di sini dulu perkongsian saya. kalau ada info lagi, saya kongsi lagi. selamat membaca, ^_^






0 comments: