apa itu ekzema?

12:25 PM Aina Mastura 0 Comments

Assalamualaikum

hari ini saya nak tulis mengenai apakah itu ekzema. semasa Eleanour kecil, sebulan lebih, doktor sahkan Eleanour ada ekzema. jadi saya perlu hati2 dalam memberi makanan kepada Eleanour serta membawanya ke tempat2 tertentu. risau kulitnya sensitif dan kadang boleh bawa kepada penyakit dalaman.

Jadi, apa sebenarnya ekzema ni???

Ekzema sebenarnya adalah medical terms untuk keadaan radang kulit atau gatal-gatal. jenis ekzema yang paling biasa ialah dermatitis atopik atau ekzema atopik. Atopik merujuk kepada ekzema yang diwarisi turun temurun. Atopik ini boleh membawa kepada alahan lain seperti asma atau alergi yang membawa kepada demam.

Antara gejala ekzema ialah gatal gatal kulit. kadang2 gatal kulit datang sebelum ruam. ruam itu selalunya muncul di muka, belakang lutut, pergelangan tangan, tangan atau kaki. kadang2 lebih teruk ekzema menyerang seluruh badan. paling kasihan, bayi sampai tak boleh pakai baju kerana kulit terlalu panas dan gatal. kadang bedak pun tak boleh pakai.

kawasan yang diserang ekzema selalunya sangat kering, dan menebal serta bersisik. lebih ketara pada orang yang berkulit cerah atau putih. kulit mereka akan kemerah-merahan dan lama2 jadi warna coklat. kalau orang yang berkulit gelap pula, pigmentasi kulit akan menjadi teruk dan tempat yang terkena ekzema akan menjadikan kulit bertambah gelap.

Ramai yang tak tahu apakah sebenarnya yang menyebabkan ekzema ini. tapi melalui kajian, ekzema dikaitkan dengan sistem imun seseorang. jika imunnya tidak kuat, maka lebih sensitif seseorang itu pada suasana dan makanan. ekzema juga cenderung kepada keturunan keluarga yang mempunyai asma atau alahan. bagi yang mempunyai kecacatan kulit juga boleh mencetuskan ekzema. dan ekzema tiada penawar. selalunya ia sembuh dengan sendiri, atau pun sekadar boleh dicegah atau dikawal sahaja.

antara pencetus ekzema ialah:

1) bahan kasar
2) terlalu panas
3) terlalu sejuk
4) sabun atau detergen
5) bulu haiwan
6) selsema
7) stress
8) makanan (alergi)


Walaupun tidak ada ujian untuk menentukan ekzema , biasanya doktor anda boleh memberitahu jika ia ekzema dengan melihat kulit anda dan dengan meminta beberapa soalan. Kanak-kanak yang mengalami ekzema selalunya akan diuji untuk alahan.

sekian, selamat membaca. ^_^

0 comments: