anak siapa yang perlu vitamin tambahan??

11:05 AM Aina Mastura 0 Comments


haaa...kita ni selalu saja kata anak kena ambil vitamin tambahan, anak kena makan itu, kena makan ini, tapi kita tak tahu kenapa mereka perlu ambil vitamin dan siapa yang betul2 perlu ambil. janganlah anak yang dah selalu makan sayur, minum susu, dipaksa2 ambil vitamin. pengambilan vitamin pun perlu ada pengawalannya. macam yang saya pernah cakap, orang yang kuat minum susu, tak sesuai ambil ostematrix. sebab pengambilan yang berlebihan pun ada kesan sampingan yang tidak begitu baik.

Jadi, kita perlu kenal pasti apa sebenarnya yang anak kita perlukan sebelum sesuki suki memberi vitamin tambahan. kenali personaliti anak anda. bagaimana cara pemakanannya. apa yang dia suka makan, apa yang dia tak suka, apa yang dia kerap makan, apa yang dia alergik, dan sebagainya. bila anda ambil tahu semua ni, barulah pengambilan vitamin itu memberi hasil yang baik.

Ini ada sedikit panduan yang saya terima dari internet mengenai jenis kanak2 yang perlukan vitamin tambahan. antaranya ialah:

1) kanak kanak yang tidak makan seperti biasa. contoh, tidak ikut masa, dan tidak teratur cara pemakanannya.

2) kanak kanak yang memilih makanan, atau erti kata lain, cerewet!

3) kanak kanak yang ada masalah kesihatan kronik seperti asma atau  masalah penghadaman. kalau anak anda diberi ubat ubatan, tanya doktor dulu sebelum beri vitamin tambahan. takut takut kalau ubat dan vitamin itu tak boleh diambil sekali.

4) anak anak yang terlalu aktif dan suka melakukan aktiviti fizikal yang mencabar. kanak-kanak seperti ini perlukan tenaga yang lebih.

5) kanak kanak yang suka makan makanan segera.

6) kanak kanak yang melakukan diet vegetarian, diet tenusu, atau diet diet yang berkaitan dengannya.

7) kanak-kanak yang selalu minum air soda berkarbonat

jadi, kalau anak-anak anda seperti di atas ini, pastikan mereka mengambil vitamin tambahan yang sepatutnya. ^_^

AINA MASTURA - 0173434504

0 comments: