tiada apa yang sama

2:15 PM Aina Mastura 0 Comments



semakin hari,
hari semakin pergi,
tua semakin hampir,
muda semakin lenyap,
masa yang dicari,
semakin tiada lagi

sejak hari hari dulu
beberapa jenis pembohongan
beberapa bagai kebenaran
tiada lagi apa yang dilihat sama,
tiada lagi yang didengar berima

walau beberapa kali bertemu,
semuanya berakhir dengan berpisah,
walau beberapa kali berjumpa,
akhirnya semua pergi merata,

walau semua tiada yang sama,
tahulah kiranya,
saya masih di sini,
walau tiada apa lagi,
saya tetap berdiri,
walau mimpi tinggal mimpi,
saya masih lagi bermimpi





0 comments: