satu malam di beranda : bahagian 2

10:08 PM Aina Mastura 0 Comments

Derapku perlahan menuju ke jalan yang membawa kepada impian kedua orang tuaku. 
Impian yang tidak akan mudah tanpa usaha yang gigih. 
Di sini aku muncul sebagai seorang yang bertanggungjawab memastikan impian itu bakal tercapai dengan baik tanpa sebarang masalah. 
Aku sering memberi ingatan kepada diriku agar tidak lalai dengan sebarang gangguan. 
Tanggungjawab ini penuh makna. 
Walau bukan atas kerelaan, tapi bukan jua atas paksaan. 
Hanya takut pada kekecewaan. 
Gerak hati ini jugalah yang membawa aku ke alam penjejak diri yang membuatkan aku mengerti bahawa diri ini tidak sekuat dulu lagi. 

BEAT. Kelihatan Sarah bersama dengan HANI, 20 tahun, bertubuh kurus, berambut pendek, berkulit putih, memakai baju T dan seluar panjang. Sarah dan Hani sama-sama termenung di pagar beranda itu.

HANI
Kau dah beritahu mak kau belum?

SARAH
Dah. 

HANI
Apa dia cakap?

SARAH
Respon biasa. Riak wajah yang penuh dengan kesan dramatik!

HANI
(Ketawa kecil) Susah juga ye. Terpaksa juga kau sambung ijazah.

SARAH 
Terpaksa rela. Aku ikutkan hati dah tak nak belajar lepas diploma ni. Nak terus kerja. Nak ada duit belanja sendiri. Aku tak nak bila umur dah meningkat nanti, masih minta duit mak bapa aku lagi.

HANI
Tapi kalau ikutkan hati sangat, tapi tak ada restu orang tua, tak jadi juga kerja yang dijalankan.

SARAH
Sebab tulah aku sambung belajar. Kalau aku ni memang dasar ikutkan hati, masa lepas SPM aku terus cari kerja. 

Hani hanya ketawa kecil mendengar keluhan Sarah. Mereka berdua kembali termenung. 

BEAT!

0 comments: