mari kita pergi

2:52 PM Aina Mastura 0 Comments



dari garisan awal,
kita bersedia,
untuk mulakan,
pengembaraan yang tiada hentinya



maka mulalah segalanya,
masa yang tiada henti,
kita pandu bersama sama
kita bersatu menjadi kuat
bawa diri ke tangga teratas



adakah benar ini yang kita mahu
dari awal kita pergi,
dari mula kita pergi
sudah jauh kita pergi
masihkah kita mahu pergi?



bila kita berasa panas,
masihkah kita bersama
bila dunia seperti berada di kaki,
masihkah kita mengingati sesama sendiri



jika benar ini yang kita mahu,
marilah kita pergi lagi,
membiarkan nasib mengejutkan kita
tanpa hiraukan apa yang berlaku
mari kita pergi








0 comments: