malam yang singkat

5:06 PM Aina Mastura 0 Comments

Aku ditemukan
Dengan malam yang singkat itu
Malam yang terhad
Malam yang mencari
Bulan dan bintangnya
Aku menangkap malam itu
Melarikannya dari derita
Segala cara, segala rasa,
Tidak berhenti aku dari berusaha
Tanpa kusedari,
Aku bawakannya bahagia
Tidak lama dari singkat,
Ketahuilah aku,
Bahawa aku tidak mampu
Menjadi bulan,
menjadi bintang
Maka malam terpaksa pergi
Membawa bersama hati
Yang telah ku berikan dulu
Membawa bersama bahagia
Yang telah ku semai dulu
Akhirnya malam itu berlalu,
Diiringi hujan kemurungan
Dibiaskan dengan kenangan
Disertakan dengan kesabaran
Menerima pemergiannya
Kerana inilah takdir
Malam yang singkat

*tribute to Backy
** Mastikus Chocolate Cafe

0 comments: