makanan yang sesuai untuk bayi

9:49 AM Aina Mastura 1 Comments

Assalamualaikum

Haa..sempena Elenaour akan mencecah umur 6 bulan lagi sebulan, maka saya sudah mula melakukan research mengenai apa makanan yang sesuai untuk diberi kepada baby cipudipudi saya tu nanti.

ramai ibu bapa yang kadang2 lupa bayi punya perut tak sama dengan kita. maybe kita nampak dia lapar, tapi sebenarnya dia hanya teringin. kita jangan terlalu layan rasa bersalah tu nak bagi dia makan banyak2. walhal selera mereka tak sama dengan selera kita. kita pun pernah menghadapi rasa lapar yang sangat, tapi makan sikit saja rupanya.

ada ibu bapa pula yang kadang2 nak cepat, sampai lupa nak sediakan makanan yang proper untuk baby. jangan sampai pakai buat saja. nanti anak tercekik atau sembelit, boleh bawa bahaya ye. jangan ambil mudah hal sebegini. saya pun banyak kuatkan hati sekarang ni. sebab eleanour belum cecah lima bulan dah mcm nak makan. tengok orang makan, dia yang terliur. kesian, tapi kena hati2. kalau jadi apa2 dekat dia, siapa kita nak salah kan? diri sendiri jugak

jadi, pada entry kali ini, saya berkongsi serba sedikit maklumat mengenai pemakanan bayi seawal 6 bulan. selamat membaca. ^_^

Anda boleh sediakan makanan seperti:

1) breakfast cereal (cerelac)
2) baby breadsticks
3) kentang lenyek
4) roti (yang dilembutkan)
5) pasta (pastikan pasta yang sesuai untuk bayi)
6) nasi (kalau baby kecil lagi, boleh blend)
7) oat

Bayi juga boleh dapatkan protein dari makanan lain seperti:

1) ikan (bukan ikan yang bertulang banyak
2) telur yang dimasak dengan baik
3) susu
4) daging merah (kisar dulu ye...)
5) kacang (pastikan anak anda tidak alergi)

Anda juga boleh cuba bagi baby anda minuman lain selain susu. boleh cuba bagi dia jus buah atau minuman perisa lain yang berkhasiat. pastikan kandungan air tu senang dihadam dan tidak menyebabkan sembelit.


Walaupun bayi Anda masih memiliki susu biasa , ia dapat mulai untuk memiliki minuman lain . Beri dia didinginkan , air rebusan dari gelas dengan moncong lembut . Jika Anda memilih untuk memberikan jus buah bayi Anda , menyimpannya untuk waktu makan saja. Encer jus satu bagian ke 10 dari didinginkan air matang.

elakkan makanan yang mempunyai garam yang banyak. madu sememangnya baik, tapi pastikan madu yang benar2 bersih dan lembut. ada madu yang boleh menyebabkan batuk dan mengandungi bakteria yang tidak baik untuk baby. makanan yang terlalu banyak gula juga boleh menyebabkan anak anda menjadi hiper. jangan biasakan anak anda meminum minuman berkafein seperti teh atau kopi.

Jadi, adalah baik untuk kita membuat jadual pemakanan supaya anak anda merasa pelbagai jenis makanan dan mendapat khasiat dari pelbagai sumber. jangan biasakan baby makan satu jenis makanan sahaja. ini uga baik untuk mengajarnya agar tidak cerewet. ^_^



1 comment:

  1. 1st week bg pureen buah2 je dl. 2nd blh bg nasi tp blend halus2. ayam bagi 3hr berturut & tgk reaction sbb allergik akan nampak kalau tak sesuai

    ReplyDelete