mahu pergi

2:02 PM Aina Mastura 0 Comments

aku mahu pergi
dari perbincangan kesedihan
dan ketakutan yang diulang-ulang
seperti tiada penyelesaian

aku mahu pergi
dari tempat pertarungan
pemikiran dan kehebatan
yang asyik berlaku dan tiada ubahnya

aku mahu pergi
dari teratak yang ada kasih dan sayang
tapi penuh rasa terpaksa
dan mampu diam sahaja 

aku mahu pergi
tapi aku mahu berada di sini
alangkah baiknya
jika yang pergi segala kekecewaan itu...

*tribute to Mastikus Chocolate Cafe

0 comments: