kepentingan magnesium

1:27 PM Aina Mastura 0 Comments

Assalamualaikum

Baiklah, jadi sempena bulan promosi OSTEMATRIX SHAKLEE, saya ingin berkongsi maklumat mengenai kebaikkan magnesium yang ada dalam Ostematrix.

1. Menghalang osteoporosis
Kajian membuktikan yang kalsium yang ditambah dengan magnesium boleh menguatkan mineral tulang badan kita. kurangnya magnesium dapat mempengaruhi metabolisme kalsium dan hormon kalsium. ini mengakibatkan osteoporosis.

2. mencegah penyakit kardiovaskular
Salah satu manfaat yang paling penting dalam magnesium ialah ia dikaitkan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pengambilan magnesium yang mencukupi boleh mengurangkan peluang untuk mendapat strok. Kekurangan magnesium meningkatkan risiko degupan jantung yang tidak normal, dan ini dapat meningkatkan risiko komplikasi selepas serangan jantung. Oleh itu, mengambil magnesium mengikut kadar yang disarankan, boleh memberi manfaat kepada sistem kardiovaskular.

3. mengawal darah tinggi (Hipertensi)
Magnesium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah secara semulajadi. Makanan tambahan magnesium dan diet termasuk banyak buah-buahan dan sayur-sayuran,  secara konsisten dikaitkan dengan menurunkan tekanan darah.

4. Merawat diabetes
Individu yang mempunyai kekurangan magnesium mempunyai risiko mendapat diabetes jenis-2 dan retinopati diabetes yang teruk. Pengambilan magnesium dapat mengawal tahap glukosa darah. Ia telah terbukti bahawa bagi setiap 100 miligram peningkatan dalam pengambilan harian magnesium, terdapat penurunan 15 peratus dalam risiko diabetes jenis-2.

5. Merawat migrain, insomnia, dan kemurungan
magnesium juga dapat merawat migrain, insomnia, dan tanda-tanda kemurungan. Magnesium juga membantu dalam mencegah serangan panik, tekanan, kebimbangan, dan sebagainya.

Sekian. selamat mencuba!



0 comments: