kenapa wanita mengandung perlu kalsium???

10:08 AM Aina Mastura 0 Comments

Assalamualaikum

Sekali lagi, sempena bulan promosi OSTEMATRIX, saya nak berkongsi pula mengenai kepentingan kalsium kepada wanita mengandung.

Mengapa kita perlu kalsium semasa mengandung??? Apabila kita hamil, bayi memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat, perkembangan jantung, saraf, dan otot. Kalsium juga membantu mengawal kadar jantung supaya normal dan tekanan darah. Kalau kita tak ambil kalsium yang secukupnya., bayi akan mengambil kalsium dari tulang kita dan ini akan membuatkan badan kita selepas bersalin menjadi lebih lemah. Ada yang lebih bahaya apabila semasa mengandung sendiri kita akan mengalami masalah tulang sehingga lumpuh jika kita tidak mengambil kalsium.

"Berapa banyak kalsium yang anda perlukan
Wanita lebih 18 : 1,000 miligram (mg) sehari sebelum , semasa, dan selepas kehamilan
Wanita 18 dan di bawah : 1,300 mg"

Pengambilan kalsium harus juga dikawal, terutama bagi wanita mengandung. Jangan sesuka hati saja sampai melebihi. Terlalu banyak kalsium pun boleh buat kita sembelit , meningkatkan risiko batu karang, dan boleh mengurangkan penyerapan badan daripada zat besi dan zink daripada makanan.

Macam saya pernah beritahu dalam entry terdahulu, saya memang tak suka minum susu. tapi itu bukan alasan untuk kita tak ambil kalsium. banyak supplement dan jenis minuman yang dijual untuk menambah kalsium dalam badan. kita tak sayang badan pun, sayanglah anak dalam kandungan. itulah motivasi saya untuk rajin makan supplement setiap malam dan setiap hari. sebab saya fikirkan anak saya. nak anak saya lahir dengan sihat. fikir nak kena hantar nursery lagi, kalau boleh biarlah dia lahir dengan sihat walafiat.

Alhamdullilah, Eleanour sekarang dah tiga bulan di nursery dan umurnya dah hampir lima bulan. Sekarang pun saya masih lagi memaksa diri mengambil makanan tambahan yg mempunyai kalsium dan protein untuk pastikan susu yang saya bekalkan berkhasiat. selain itu, saya nak juga kuatkan badan sendiri untuk menjaga Eleanour. yelah, badannya sihat, ibu nak mendukung kenalah sihat juga. bila balik kerja anak nak perhatian, badan yang penat kenalah kuatkan. kita seharian tinggal dia di nursery, malam sajalah masa yang ada nak spend time dengan dia.

Jadi, tahulah kita betapa pentingnya kalsium ni. fikir fikirkanlah. untuk diri sendiri dan keluarga yang tercinta juga. hihi...sekian terima kasih

0 comments: