kenapa perlu ambil tahu pasal osteoporosis?

12:15 PM Aina Mastura 1 Comments

Assalamualaikum

Haaa....baru2 ni saya banyak kongsi mengenai kalsium dan magnesium yang mana membantu mencegah satu penyakit yang digelar sebagai osteoporosis. mencegah ye, bukan mengubati. tapi seperti yang selalu org kata, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jadi, tak habis2 ulang kata kita perlu elak osteoporosis ni. Jadi, apa sebenarnya osteoporosis ni?

Osteoporosis digelar sebagai serial killer dimana ia menyerang purata satu dalam tiga wanita dan satu dalam 12 orang. Osteoporis lebih banyak menyerang ramai wanita. Osteoporosis keadaan dimana tulang kita menjadi rapuh dan boleh  membawa kepada maut jika mencecah tahap bahaya.

Namun begitu, osteoporosis tidak mencapai tahap seperti kanser dan ia mudah diramalkan. Kajian mengatakan bahawa 30% daripada punca osteoporosis adalah genetik. Bahagian yang paling  mudah diserang osteoporosis adalah bahagian tulang pinggul. Antara kaum wanita yang mudah terdedah kepada osteoporosis adalah wanita yang merokok, berat badan berlebihan, berat badan yang kurang, serta kurang mengambil sumber yang mengandungi kalsium.

Tanda-tanda awal osteoporosis termasuk:

ketinggian berkurang (apabila badan kita semakin membongkok)
sering mengalami masalah tulang patah 
selalu sakit belakang
berat badan yang berkurang; 
bertambah lemah

Faktor-faktor risiko untuk osteoporosis:

Jantina. - Wanita mendapat osteoporosis lebih kerap daripada lelaki .

Umur - Lebih berusia anda, lebih berisiko untuk mendapat osteoporosis .

Saiz badan - Kecil, orang yang kurus mempunyai risiko yang tinggi.

Etnik . Wanita putih dan Asia menghadapi risiko paling tinggi . Wanita hitam dan Hispanik mempunyai risiko yang lebih rendah.

Sejarah keluarga -  Jika ahli keluarga anda mempunyai osteoporosis, anda mempunyai kemungkinan yang tinggi mendapat osteoporosis

Haaa...sharing is caring. harap dapat membantu dengan maklumat yang diberi ni ye.

^_^


1 comment:

  1. Pelik jugak orang yang gemuk sukar kena osteo sebab badan gemuklah buat tulang lemah nak tampung

    ReplyDelete