citra hatiku

8:37 PM Aina Mastura 0 Comments


Keajaiban tarimu,
Keindahan gerakmu,
Kau hadir dalam mimpiku,
Kau hadir dalam anganku,
Kaulah Citraku. 

Jiwaku melakarkan wajahmu,
Kalbuku hanya bertakhta namamu,
Hanya kau tiada yang lain
Jika kau tiada,
Pasti merana pencintamu ini.

Akanku pastikan keringatku untukmu,
Akanku pastikan kau yang jauh dekat denganku,
Keinginanmu akan kuturuti,
Andainya dirimu aku miliki.


*tribute to Rentak Diam

0 comments: