bowling tournament!!!

1:11 PM Aina Mastura 0 Comments

Assalamualaikum

haaaa....esok saya akan join tournament bowling anjuran company saya. waahh..lamanye tak main bowling. dekat setahun lebih. last sekali main bowling bulan March 2013. masa tu actually dah pregnant 3 minggu, tapi doktor yang bijak laksana kata tak pregnant, saya pun main dengan selamba dan penuh aktif. Alhamdullilah selamat dan tak jadi apa2. huhu

okie, jadi sempena tournament bowling esok ni, saya nak kongsi skit kebaikkan bermain bowling ni.
pertama sekali yang jelas dan nyata ialah kita boleh turunkan berat badan. bila kita main bowling, metabolisme kita akan menjadi cepat. bila kita constant bermain bowling, ia akan membantu pembakaran lemak berlebihan. main bowling ni kira macam senaman berjalan sambil angkat benda berat. main bowling ni dikatakan boleh membakar 275 kalori per jam.

Main bowling jg membantu menguatkan otot dan membentuknya. semasa kita ayun bola bowling tu, otot tangan akan diperkuatkan dan dibentuk sama macam kita angkat dumbell.

Ada juga yang cakap kalau main bowling boleh mengurangkan risiko dapat penyakit. antaranya ialah mengurangkan risiko strok, serangan jantung, diabetes, meningkatkan kekuatan tulang, menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah, serta membantu kita mendapatkan oksigen yang lebih baik.

okielah tukan?? sambil berseronok, kita bersenam. sambil bersenam, sambil menjalani hidup yang sihat.

sekian, majulah bowling untuk dunia~




0 comments: