bergaya mengikut kemampuan

11:03 AM Aina Mastura 0 Comments

Assalamualaikum

haaa..baru baru ni kita digemparkan dengan isu seorang "public figure" yang mengeluarkan kenyataan berbau bau durian seperti ini, "bergayalah ikut kemampuan". kenyataan ini akhirnya mencetuskan rasa tidak puas hati ramai orang yang mentafsirkan bahawa "public figure" ini sangat bongkak dan sombong. pencetus kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau adalah kerana "trademark" hasil karya companya ditiru oleh orang lain dan orang mempertikaikan mengapa mesti compny beliau mengeluarkan produk yang tidak mampu dibeli ramai.

hmmm

baiklah. saya cuba untuk tidak menyebelahi mana2 pihak kerana saya sendiri ada pandangan saya yang tersendiri.

pertama sekali, saya cuba bersuara bagi pihak "public figure" itu sendiri. jika saya sendiri penat lelah menghasilkan satu karya yang cun melecun, kemudian senang lenang orang menciplak (saya beberapa kali mengalami peristiwa assignment saya ditiru), saya sendiri pun akan rasa marah dan bengang tahap jurus naga ke lima. sudahlah keringat kita ditiru, sumber rezeki periuk nasi pun nak disekat. kasihanlah beliau. sudah memang beliau mampu membawa produknya ke tahap yang lebih tinggi, siapalah kita yang masih merangkak ni nak pertikaikan kejayaan beliau. hanya kerana beliau orang kita dan beliau kaum wanita, janganlah sehingga ada kata2 menghina begitu sekali. ada ke kita berani nak marah company seperti couch, guess, malahan LV hany kerana menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan permintaanya tinggi hanya kerana kita tidak mampu membeli? betullah kenyataan itu. kalau tak mampu, tak perlulah berangan tinggi2. kalau rasa tak mampu beli tudung mahal2, beli jelah tudung bawal sepoloh hengget tu. cantik jugak apa. kemon...

kedua sekali (teruk sangat bahasa ni), saya cuba pula bersuara bagi pihak yang ingin bergaya tetapi tidak mampu. memng betul, saya sendiri kadang2 cayor lebor hati melihat produk yang cantik di pasaran dan teringin sekali membeli nya. tetapi jauh di sudut hati, sememangnya kemampuan untuk membelanjakan wang ke jalan itu tidak sampai lagi. sebab kalau ikutkan hati, siapa tak mahu bergaya sebegitu. tapi, Alhamdullilah saya masih lagi bergaya mengikut keperluan, bukan ikut kemampuan. selagi tidak perlu, saya tak cari. selagi tidak pakai, saya tak sakai. ho?? okie, berbalik kepada suara orang ramai. kenyataan yang dikeluarkan "public figure" itu mungkin ada benarnya, tetapi sedikit menyuntik rasa terasa dikalangan orang seperti saya yang teringin dan termimpi nak bergaya dan cantik seperti beliau. mungkin, saya rasa, rasa rasalah...tak tahu saya cakap ini betul atau tidak, mungkin..mungkin seharusnya beliau mengeluarkan kenyataan yang lebih lembut dan bersopan lagi. tidak perlulah kata sampai orang perlu menabung kalau nak beli produk dia. kasihan lah dekat orang tu. kalau kenyataan itu dikeluarkan sesama kawan, mungkin tak jadi masalah. tapi beliau "public figure". ingat lah. nama pun "public", apa pun yang ada buat, anda memang dilihat "public". its a price you have to pay for fame. dan dan kecek ompoteh. belajar lah lagi public relationship figurative speaking yang betul ye. (tah apa aku ckp ni betul atau tak aku tak tahu). hati2 dengan apa yang kita katakan. bukan mudah jadi orang yang dikenali, tapi lagi mudah kalau kita jadi orang yang berbudi bahasa.

sekian terima kasih. majulah selendang sepoloh hengget untuk negara. ^_^

0 comments: