sensitif itu indah

4:20 PM Aina Mastura 0 Comments

saya suka berkongsi pandangan

melayu ini ada indahnya,
yang lain dari yang lain,
dari kaum kaum yang ada

salah satunya ialah,
nilai sensitiviti yang tinggi
kita melayu memang sensitif

kita sensitif dalam perasaan,
kita sensitif dalam percakapan,
kita sensitif menjaga hati orang,
kita sensitif menjaga hati sendiri,

kerana sensitif ini,
maka adanya bahasa kiasan dan perumpamaan yang unik
bagi menyampaikan sesuatu perkara,
agar tiada yang terasa, agar kita tidak terasa,

tapi sekarang,
nilai sensitiviti itu semakin tinggi,
bertambah tinggi,
hinggakan melayu kini,
semakin sensitif,
maka melayu semakin kurang ajar,
makin tak peduli, makin tidak berbudi

maafkan saya kalau saya salah,
tapi dunia kini menonton kita
gelagat dan tingkah kita,
suatu tragedi yang menjadi perhatian dunia,
masih ada melayu yang berani,
membiadapkan diri,
berbicara tanpa fikir,
bercakap tanpa hati,

renungkanlah

0 comments: