peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai penerangan gred S41

12:00 PM Aina Mastura 0 Comments

Assalamualaikum

sebenarnya, pada sabtu yang lepas saya telah menduduki peperiksaan untuk menjadi pegawai penerangan gred S41. Alhamdullillah, saya dapat melakukannya dengan baik. Pada mulanya takut juga tak terjawab soalan-soalan yang diberi. berkat doa dan sokongan insan2 yang tersayang, saya dapat menjawab dengan tenang dan lancar.

just nak kongsi apakah jenis soalan yang dikemukakan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pegawai penerangan satu ketika nanti. cewah. haha... siapa yang bercita2 nak berkhidmat sebagai pegawai penerangan, bolehlah belajar2 dari sekarang. nanti bila exam, lagi yakin dan bersemangat. bonda saya sendiri merupakan pegawai penerangan dan beliau sendiri menggalakkan saya untuk mengambil peluang terhadap peperiksaan ini.

okie. peperiksaan ini terdiri daripada 4 bahagian. 

bahagian A - pengetahuan umum

secara keseluruhannya soalaan yang dikemukakan adalah berdasarkan pengetahuan terhadap jabatan penerangan itu sendiri. apakah matlamat, visi, misi dan fungsi jabatan penerangan itu. selain itu, kita juga perlu tahu apakah yang kita boleh perolehi dari jabatan penerangan dan apakah bentuk informasi yang diberikan.

bahagian B - daya penyelesaian masalah

yang ni lebih kepada soalan matematik dan teka teki. lebih kuranglah. sebenarnya soalan begini saya pernah jawab semasa saya menduduki peperiksaan penilaian tahap satu masa darjah tiga dulu. saya suka soalan begini. soalan ala2 nak bagi kita keliru. hehe...yang ni kena baca elok2. jangan pakai taram je. 

bahagian C & D - esei bahasa melayu / esei bahasa inggeris

ada tiga soalan, dan kita perlu pilih satu topik untuk dibincangkan. nasihat saya ialah, banyakkanlah membaca dan pastikan anda seorang yang suka menulis. seronok menggoreng dalam esei seperti ini. lbih lagi kalau kita memang jenis suka memberi pandangan.

jadi, bagi yang berminat nak jadi pegawai penerangan, saya harap apa yang saya kongsikan ni, dapat membantu anda semua untuk lebih bersedia pada masa akan datang. good luck!

^_^


0 comments: