makanan tambah susu

2:25 PM Aina Mastura 0 Comments

Assalamualaikum

sebenarnya, baru baru ni saya ada masalah kekurangan susu. betapa situasi serba sedikit mengganggu emosi dan keadaan saya. makanan dan supplement, semua saya dah cuba. tapi masih sama produksinya. kadang kalau kita dah usaha, yang tentukan Allah SWT. Kita perlu percaya juga pada rezeki dan hikmah. Tapi redha tidak semestinya saya mengalah. saya masih mencuba. Salah satunya, saya cuba juga memaksa diri mengambil ESP Shaklee. sebab saya tak boleh minum susu, saya cuba jugalah sumber protein yang lain. Alhamdullilah, walaupun tidaklah semakin banyak, tetapi produksi nya masih stabil dan mencukupi untuk saya bekalkan ke taska.

dalam masa saya berusaha itu, saya tidak henti membuat penyelidikan tentang apa makanan atau apa perkara yang saya boleh lakukan untuk tambah susu. ini antara hasil yang saya perolehi dan saya ingin kongsi bersama pembaca. :)


  • makan kurma
  • minum air longan
  • selalu fikir kata susu ada. kita kena bersikap positif. (mcm saya selalu cepat paranoid. salah satu attitude saya yang saya kurang gemar)
  • minum madu
  • minum banyak air masak. rasanya semua pun tahu, bila lepas breasfeed atau perah susu, kita tersangatlah dahaga. jadi, minum air banyak itu perlu.
  • ada kata makan durian bagus. tapi ada kata jangan sebab panas. tak elok untuk baby. kena tanya doktorlah ni.
  • buah-buahan itu bagus. terutama epal merah. :)
  • makan sayur. ada kata ini tak membantu penambahan susu sangat, tapi bagi susu tu pekat. so kalau skit pun, baby rase kenyang.
  • Jangan tunggu hingga rasa "ada susu" baru nak bagi susu atau perah. kalau boleh, paling maksimum ialah 4 jam sekali perlu pam.
  • percaya pada konsep demand and supply. semakin kita kosongkan, semakin banyak terhasil. semakin banyak baby minum, makin banyak susu dihasilkan.
  • perlu atau tidak ambil supplement? actually kalau kita dah amalkan diet yang sihat, tak perlu supplement pun tak apa. tapi kalau nak ambil supplement, lebih bagus. tambah khasiat. pada zaman sekarang yang penuh pencemaran dan penyakit, eloklah pengambilan supplement ini diharuskan. :)
  • masa perah susu, jangan termenung saja. cuba happykan diri. macam saya, saya suka dengar lagu. kawan saya suka tengok drama. Alhamdullilah, serba sedikit membantu.
  • sentiasa cari cara untuk happykan diri. salah satu sebab produksi susu saya berkurang adalah kerana stress dan sering marah. haha...bila dah start kerja, emosi itu agak sukar dikawal. 
  • sentiasa berdoa dan memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT. kerana Dialah pemberi rezeki, dan DIA jugalah yang memberkatinya.


^_^

0 comments: