mabuk hamil

1:49 PM Aina Mastura 0 Comments

salam

sekadar nak berkongsi pengalaman. semasa saya mengandung dahulu, saya mengalami mabuk hamil tahap masuk hospital kena masuk air. haha...saya alami mabuk hamil hampir 4 bulan. kemudian mengalami mulut pahit sepanjang tempoh kehamilan, dan sukar bau dapur, especially kalau org tengah masak. selera pun berbeza2. kejap hari ini rasa sedap, esok dah tak sedap. setelah bersalin, terus hilang semua tu. bayangkan betapa kuatnya penangan hamil nikan. beruntung jadi wanita dapat rasa keunikan ini. ^_^

okie, sebenarnya nak berkongsi petua yang saya amalkan semasa mabuk hamil.

1) wajib! minum air yang banyak. kalau tak lalu makan pun, yang penting  minum air.

2) rehat, dan rehat. jangan malu cakap dengan boss atau supervisor yang anda mengalami mabuk hamil. nak tak nak, kalau kita tak larat, x ada cara lain nak gain energy.

3) jangan malas fikir nak makan apa. memang betul kita selalu rasa macam x lalu, x nak itu, x nak ini. tapi itulah peranan kita fikir apa kita nak. x apalah spend skit kalau teringin makan mahal. untuk kita, untuk anak kita juga. search lah internet makanan apa yang orang selalu makan kalau mabuk hamil atau tanyalah kawan2 untuk cadangan. nanti tanpa kita sedari, kita sendiri terasa nak makan.

4) jangan degil. yes, dalam saat begitu, kita rasa sangat emosi. rasa semua orang tak faham kita. tapi kerana degillah, saya end up berada di hospital selama tiga hari dua malam. dan saat di hospital itulah saat yang paling saya tak nak kembali lagi. saya nak balik cepat. menangis je. positifkan diri. cerewet atau memilih tu tak apa, yang tak boleh itu degil.

5) kalau boleh, ambillah supplement tambahan. bukan susah makan supplement. ni lagi satu. tak boleh blah kalau orang kata malas makan supplement. ey apa dah susah telan je. ade supplement yang makan sehari sekali je pun. itu pun susah ke. hahaha...

6) perkara yang paling penting sebenarnya ialah mempunyai suami atau keluarga yang sangat memahami. di saat2 ini, memang ada yang mabuk hamil sampai tak boleh bangun. saya sendiri pernah tak sedar diri dan menangis tiba2. hormon anda memang sedikit horror ketika ini. jadi, sokongan dan kasih sayang insan tersayang adalah penting sebagai "ubat" yang menenangkan.

7) dan yang paling paling paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah SWT. kerana Dia yang memberi rezeki anak itu, pada DIA lah kita meminta pertolongan dan bantuan untuk menjaga rezekiNya dengan baik.

Alhamdullilah.

p/s: saya kongsi juga supplement yang saya ambil semasa mabuk hamil. selamat mencuba. :)




0 comments: