kamu yang terbaik

8:35 AM Aina Mastura 0 Comments

Sedang tersedar dalam kegelapan
kamu datang bagai cahaya
Dalam dunia yang penuh dengan salah dan kalah,
kamu yang sentiasa berada di sisi
Kamulah penggerak hati ini,
di saat sunyi dan sepi,

Setiap rasa bagai bintang jatuh ke riba
emosi diri bagai inspirasi
segala bayang menjadi realiti
ketakutan hanya penyeri
kali pertama dan terakhir,
cinta kamu pilihan hati

Saat kamu memilih,
menyatakan hasrat menyunting,
saat itu,
segalanya kusedar akan menjadi baik,
tiada lagi yang buruk,
segala yang baik kembali,
kamu segalanya yang diperlukan
dan kusedar,
kamu yang terbaik

- untuk suami tercinta sempena 6 March 2014, anniversary couple yang ke 4 tahun -




0 comments: