kalau nak cantik

7:23 PM Aina Mastura 0 Comments

Assalamualaikum

sekadar renungan dan perkongsian bersama.

pada masa kini, entah betul atau tidak teori yang bakal dikemukakan, 

ramai kaum hawa, wanita, perempuan mahupun gegirl gegirl yang ada,

mempercayai dengan konsep ini:

1) kalau nak cantik, kena bersolek

2) kalau nak cantik, kena kulit putih

3) kalau nak cantik, perlu free hair

4) kalau nak cantik, kena pakai bergaya (kdg2 ada yang bermaksud "seksi sikit")

5) kalau nak cantik, bagi yang bertudung, perlu pakai tudung belit sepuluh kali atau pun sejuta manik.

6) kalau nak cantik, bagi yang bertudung, baju kena grand (kdg2 ada yang bermaksud "ketat sikit)

7) kalau nak cantik, badan perlu kurus, slim melim gitu

8) kalau nak cantik, perlu ada lelaki minat, dan kalau lelaki itu dah minat org lain, kita perlu teruskan dia minat kita a.k.a skandal

9) kalau nak cantik, perlu up to date dengan perkembangan terkini

10) kalau nak cantik, kena edit gambar sebelum post (ha ha ha..ni dah tak ada idea nak letak)

Al kisah

satu ketika dulu, saya pernah diterapkan dengan ideologi seperti ini. saya percaya, kalau nak cantik, semua ini berkait rapat. tapi, sebenarnya, kalau kita betul2 hayati konsep cantik itu sendiri, semua perkara di atas ini tak perlu sebenarnya. dan rugi kalau kita cuba jadi seseorang itu hanya kerana mahu diterima oleh majoriti. 

bagi saya, kalau nak cantik, cukuplah sekadar mempunyai niat yang baik selalu. kalau niat kita baik, insyaAllah akal dan hati kita bersih dari segala perkara negatif. 

bila hati dan akal kita bersih, kita gembira. kita tidak busuk hati, kita tak dengki tengok orang lain lebih dari kita. kadang hati yang negatif ni boleh buat kita sakit hati dengan semua orang. kita tak nak orang lain kena puji, kita buat sesuatu yang tak sepatutnya hanya untuk dapat perhatian. jadi, kalau niat kita baik, hati dan akal kita bersih, kita hanya nak cantik untuk diri kita sendiri dan yang tersayang.

sekian sudah entry untuk hari ini. semoga apa yang ditulis menjadi pedoman kepada semua, terutama diri saya sendiri.

Wassalam

p/s: kalau nak cantik, boleh minum ESP dan ambil Vitamin C shaklee. itu pun bagus jugak. :D

0 comments: